13 December 2021

Memori Berblog

 Alhamdulillah, sejak lama tak berblog, bulan Disember ni agak konsisten update blog walaupun dah ketinggalan beberapa hari , hujung minggu memang tak on laptop sebab hujung minggu selalunya masa bersama keluarga, masa untuk kemas itu ini, masak itu ini.

Memang lately ni, mochik sangat kerap baca post lama-lama, baca komen dari blogger lain pada post mochik dan memang mochik akui sangat rindukan saat itu.

Memang tak lama pun mochik aktif di blog sebab mochik ni memang orang yang sentiasa lambat, dalam apa jua perkara hi hi.

Orang dah lama berblog, kita baru pandai..istimewa la rasanya hubungan melalui blog nak dibanding kan dengan IG dan FB masa kini

Mochik tak aktif pun di IG atau pun FB, muncul sesekali je dengan post sendiri, selebihnya  tengok mana mana yang perlu je.

Sekarang blog memang dah sendu, sebab orang semua beralih ke IG, FB, Twitter, Tik Tok tapi pada Mochik blog tetap istimewa.

Dulu bila kita publish je satu-satu catatan, ada la sorang dua yang datang komen. Begitu juga dengan kita, bila kawan blogger kita up satu-satu post, laju la kita pergi baca dan komen.

Terasa dekat walaupun tak pernah bersua.

Salah sorang yang mochik selalu terasa kehadirannya walaupun tak pernah bersua adalah arwah Kak KasihRedha . Selepas sunyi dari dunia blog ni arwah Kak Kasih aktif di IG, beberapa tahun jugak la mochik sentiasa follow kisah kehidupan dia sehinggala dia meninggal ketika menjalani ibadah Umrah pada awal 2019. Alfatihah untuk arwah Kak Kasih.

Selain Kak Kasih, ramai lagi yang namanya masih dalam ingatan Mochik.. Puan kutu, Puan Bee, CIkgu Azrene, Puan Zai, Lady Lavender, Azatie, Azamia, ramai lagi la.

Sekarang pun masih ada yang kekal aktif cuma mochik tak blogwalking jadi tak tau siapa yang masih aktif.

Mochik sekarang ni hanya baca post sendiri je hi hi, nanti la ada masa nak try blogwalking kot terjumpa kawan blogger yang masih aktif.

Gambar ketika Zahra baru beberapa bulan dan masa ni Mochik masih aktif berblog, saja je letak gambar ni.



No comments:

Post a Comment