Skip to main content

Apa jadi dengan Intermittent Fasting?

 Itu soalan Kak Aya sendiri pada diri, haish buat apa pun tak pernah konsistent, hasilnya pun ke dasar laut.

Hinggakan anak dara Kak Aya cakap,  -" ma, jangan fikir lagi nak kurus semua tu, janji mama sihat cukuplah, akak syukur mama sihat kuat bertenaga lakukan kerja rumah, kerja ofis tanpa henti terutama dalam tempoh mama bekerja dari rumah dah hampir 2 tahun ni, tak ada apa yang kurang pun untuk kami "

Oloh manis ayat anak dara Kak Aya ni..ye la ye la mama pun tak ada fikir nak kurus apa dah , usia sikit hari lagi nak masuk 50 dah pun, yang penting jaga makan , mana yang tak perlu tu kena la kurangkan atau tak perlu ambil langsung. 

Alhamdulillah Kak Aya bahagia je dengan berat badan gini, semuanya masih lagi macam biasa, buat kerja macam bibik,nanti dah kembali ke ofis lagi perlu bertenaga.

Sejujurnya Kak Aya masih buat IF cuma tak strict, buat ikut kemampuan diri, 14:6 atau 12:12 selalunya, masih lagi konsistent, tak mampu nak 16:8 sebab duduk rumah ni kuat sangat godaan .

Macam pengambilan gula seperti kuih dan air manis tu memang dah lama Kak Aya tinggalkan, kalau ada pun mungkin sekali dua je dalam tempoh bekerja dari rumah ni.

Makan malam pulak Kak Aya awalkan kepada 7 malam, kadang-kadang tu ada jugak terbabas sekali dua.

Moga terus istiqomah begini.


Gambar terbaru.


Comments

Popular posts from this blog

MINGGU KE 2 INTERMITTENT FASTING

 Hari ni genap 14 hari Kak Aya buat IF 16:8, makan macam biasa je . Berat pada hari pertama ada lah 82.8 dan hari ni berat 79.9. Alhamdulillah ada perubahan positif. Masalah dengan Kak Aya ni adalah nak konsistent tu, masalah ramai orang lain jugak rasanya, kan? Cuma kali ni kelainan usaha yang Kak Aya lakukan adalah pagi dan petang Kak Aya berjalan kaki, jumlah untuk pagi dan petang tu adalah sejauh 8km setiap hari dengan jumlah langkah sebanyak 10,000 , jumlah kalori yang dibakar adalah 270 kalori dan masa yang diambil adalah sebanyak 2 jam.  Moga makin kuat semangat untuk teruskan usaha.

Pilihan Keluarga Vs Pilihan Sendiri

Pagi tadi, seperti biasa perjalanan ke pejabat ditemani HotFM AM Krew. Riuh rendah mereka melayan panggilan dan sms pendengar yang berkongsi pendapat mengenai tajuk di atas. Ada yang sekadar memberi pandangan, tak kurang yang berkongsi pengalaman mereka berkahwin dengan pilihan keluarga yang akhirnya rumahtangga yang dibina roboh dipertengahan jalan. Tapi ada juga yang seperti di dalam cerita Nora Elena dan Vanilla Coklat  - mula-mula benci tapi lepas tu jatuh cinta! Terkenang kembali ketika saya di kampung sebelum berhijrah mencari rezeki di Kuala Lumpur ini. Dulu sebaik je tamat sekolah memang bersedia la untuk berkahwin , kalau tak dapat sambung belajar, tak dapat kerja kat mana-mana. Saya cukup takut kalau disuruh kahwin dengan pilihan keluarga, biasa la gadis pingitan, mana ada teman lelaki, kalau ibubapa cakap lelaki itu terbaik untuk kita, memang tak ada pilihan lain la jawabnya, terpaksalah terima. Memang ada yang datang melamar melalui mak namun semua lama