Posts

Showing posts from October, 2021

Rentas Negeri ke Tampin

Image
 Alhamdulillah akhirnya dapat juga balik kampung, ke kampung mertua dulu. Kampung sendiri kena tunggu dulu. Walaupun balik kali ni macam agak kelam kabut tapi Alhamdulillah semuanya pun lancar aja. Suasana macam biasa aja walaupun dah lama tak balik cuma tengok mak pun macam dah tak berapa sihat macam selalu walaupun dia buat buat macam biasa je. Dan balik kali ni kejap je rasanya sebab suami tak begitu sihat sekarang ni. Insyaallah ada rezeki balik lagi nanti. Gambar lama ni, semalam tak snap gambar pun.

Mata Ketumbit

Image
 Hari ni hari kedua mata  berketumbit, senak betul rasanya dalam mata. Ni bukan kali pertama pun Kak Aya kena macam ni, banyak kali jugak sepanjang hidup ni. Semalam pergi klinik, dapat ubat dan mc satu hari, nak mintak 2 hari tak berani la pulak walaupun hari ni mata rasa pedih berpasir je.  Doktor dah bagi ubat kurangkan bengkak, ubat sapu dan antibiotic, Insyaallah dengan izin Allah sehari dua lagi sembuh la . Gambar lama , ketika gigih menjual losyen Fellina, nak tunjuk yang masa ni mata baru nak elok dari ketumbit, perasan tak ?

Dah masuk U

Image
 Alhamdulillah Nadhirah dah pun mula jadi pelajar Uni, kejap je kan masa berlalu, masa mula mula berblog dulu dia baru je darjah 4 kot kalau tak silap, time tu dia pun buat blog untuk dia juga, tapi sekarang dah lupa la apa nama blog dia, jangankan Kak Aya, dia sendiri pun dah lupa. Sekarang dia masih belajar online , tapi untuk Sem 2 nanti dia akan ke UIA Gambang untuk meneruskan baki Asasi selama setahun. Anak Kak Aya sorang ni memang kuat berusaha, kalau dia nak sesuatu memang dia usaha sungguh-sungguh, Alhamdulillah Allah takkan menghampakan setiap usaha hambaNYA, selalu ayat ni Kak Aya guna pakai untuk anak-anak, sebab kalau tak usaha sungguh-sungguh mana nak nampak hasilnya ( macam mak dia ni ha, nak kurus tapi usaha gitu-gitu je, hasil pun gitu-gitu la). Moga dia terus jadi seorang yang berusaha keras dan tak cepat putus asa, perjalanan hidup memang penuh berliku. Ilmu kena banyak dalam dada dan hubungan dengan Allah perlu sentiasa padu. Seorang ibu sentiasa mendoakan yang terba

Covid 19 - Moga cepat sembuh, sahabatku

 Pagi tadi terima berita sahabat baik Kak Aya telah ditidurkan kerana positif Covid. Allahu punya la terkejut Kak Aya, airmata menderu keluar tanpa isyarat. 2 minggu lepas Kak Aya ada hantar mesej melalui Whatsapp, sampai hari ni tak ada reply. Kak Aya beranggapan dia sangat busy sekarang, Kak Aya sangat faham dia selalu sibuk walaupun dimusim pandemik ni, event online company ada yang masih berjalan seperti biasa.  Hubungan persahabatan Kak Aya dengan dia, memang special. Bagi Kak Aya, sangat special, sebabnya kami ni boleh la dikatakan sahabat kala susah. Kalau kami ni senang happy happy memang tak ada antara kami yang mengirim khabar, share kegembiraan itu. Tapi salah seorang dari kami di dalam kesusahan, pasti ada berita antara kami. MasyaAllah , Allah hadirkan sahabat dalam pelbagai keadaan. Kak Aya sangat mensyukurinya. Kami berdua berkawan sejak kali pertama pergi kursus syarikat bersama-sama sekitar tahun 97 , pada awal-awal masuk kerja dulu. Sejak tu kami rapat tapi percaya ta

KDrama : High Class

Image
 Baru je tengok dalam 5 episod, so far ok la , tak bosan dan ada plot twist yang bakal terjadi.  Secara ringkasnya, setakat yang Kak Aya sempat tonton, mengisahkan seorang peguam yang dituduh membunuh suaminya, memulakan hidup baru di Jeju bersama anak lelakinya. Anaknya berjaya memasuki sekolah berprestij di Jeju, nak masuk situ punyalah banyak kriteria yang kena penuhi. Kalau tengok ketelah mak-mak yang anaknya sekolah kat sekolah tu aduii la memang dasar orang kayakah , gitu? Hi hi layan aja la Mereka ni sanggup buat apa je demi nak memasukkan anak kat sekolah tu. Di Malaysia ni mungkin adakah jugak yang sanggup buat apa je dengan harapan anak dapat masuk ke sekolah berprestij?  Kembali kepada drama ni, ada waktu rasa macam slow je perjalanan ceritanya, tak tau la kot dah masuk ke episoh 6 ke atas mula lancar. Setakat ni memang macam teka teki bermain dalam kepala, belum campur menyampah dengan perangai mak yang perasan power sangat tu. Drama ni kalau nak tengok santai-santai time t

Selepas PKP

Image
 Dah setahun rupanya Kak Aya berterusan bekerja dari rumah. Alhamdulillah, salah satu hikmah disebalik ujian Covid 19. Kini selepas setahun bekerja dari rumah, dah pun dapat jadual untuk kembali bekerja di pejabat. Tapi disebabkan anak-anak masih belajar secara online di rumah, Kak Aya memohon untuk kekal bekerja di rumah untuk tempoh beberapa minggu lagi. Alhamdulillah, ketua jabatan meluluskan permohonan tu tapi bila sekolah dah mula dibuka bagi negeri di bawah Fasa 4, kita pun wajib masuk ofis. Bercerita tentang masuk ofis ni, sejujurnya Kak Aya macam hilang semangat. Banyak sebabnya dan rasa ni muncul sejak sebelum musim Covid lagi. Tapi apa pun situasi, kerja adalah satu perkara utama, sebabnya banyak perkara berganting dengan gaji. Jadi buat masa ni, apa boleh dikatakan adalah menunggu tarikh untuk kembali masuk bekerja dengan macam-macam doa dan pengharapan. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Tuan blog yang dah setahun berkurung kat rumah.