MINGGU KE 2 INTERMITTENT FASTING

 Hari ni genap 14 hari Kak Aya buat IF 16:8, makan macam biasa je . Berat pada hari pertama ada lah 82.8 dan hari ni berat 79.9. Alhamdulillah ada perubahan positif. Masalah dengan Kak Aya ni adalah nak konsistent tu, masalah ramai orang lain jugak rasanya, kan?

Cuma kali ni kelainan usaha yang Kak Aya lakukan adalah pagi dan petang Kak Aya berjalan kaki, jumlah untuk pagi dan petang tu adalah sejauh 8km setiap hari dengan jumlah langkah sebanyak 10,000 , jumlah kalori yang dibakar adalah 270 kalori dan masa yang diambil adalah sebanyak 2 jam. 

Moga makin kuat semangat untuk teruskan usaha.




0 comments :

Post a Comment