Ulangtahun Perkahwinan ke 18

 Alhamdulillah. 12.20 tengah hari  tadi genap la 18 tahun  menjadi seorang isteri kepada seorang suami he he.

18 tahun tu bukan satu jangka yang pendek. Ada orang cakap macam baru semalam je kahwin , rupanya dah berbelas tahun.

Tapi pada Kak Aya sendiri, 18 tahun tu agak panjang, macam -macam dilalui sepanjang tempoh tu.

Syukur kerana 18 tahun ni ada macam macam warna bagaikan pelangi selepas hujan. Apatah lagi dengan anugerah istimewa 3 penyejuk hati dan peredup pandangan. Syukur!

Tiada badai kuat melanda dan tidaklah juga tenang sentiasa , adatlah dalam rumahtangga tapi semua tu boleh dilalui dengan baik. 

Moga untuk hari mendatang, Allah limpahkan kehidupan kami dengan bahagia jiwa tenang damai sentoasa penuh berkat dan redha Allah sehingga ke syurgaNYA.

Universiti kehidupan yang paling tough adalah Universiti Rumahtangga. Tak semua orang dapat lulus dengan cemerlang, Syukurla kita masih lagi dapat meneruskan pendidikan ke peringkat seterusnya . Lulus ujian kecil dan tidak gagal dengan ujian besar. Alhamdulillah.





p/s : Gambar lama, update guna PC ofis time lunch hour. Dalam PC ni memang tak ada apa2 gambar, terpaksa cedok dari blog.





Comments

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu