Cuti Cuti Pulau Redang 2D1N - Day 1

Assalamualaikum..


Pejam celik pejam celik dah pun masuk November...aahhh cepatnya masa berlalu. Dah hujung tahun dah rupanya..kesibukan dengan rutin menyebabkan blog ni banyak terabai..



Sebenarnya, bukannya tak jengah langsung blog ni ..ada je mai jengah..cuma ntah la malas nak update.



Kisah percutian ke Pulau Redang ni pun dah lama sebenarnya, dah melewati 2 bulan lebih dah rasanya.



Kami ke sana cuma satu malam je, cukuplah nak lepaskan hajat dan keinginan diri sendiri serta anak-anak.



Percutian ni adalah percutian bajet saja. Kami memilih untuk menginap di Asmadi Guesthouse.



Nanti Kak Aya buat satu entry mengenai Asmadi Guesthouse ni selepas ni, kalau ada yang berminat nak tau lebih details.



Kak Aya gerak dari rumah menuju ke Jeti Merang sekitar jam 8 pagi. Bot bergerak sekitar 9.30 macam tu, jarak dari rumah ke Jeti Merang tu tak lah jah sangat, dalam 30 minit je.



Dah cantik dah Jeti Merang ni sekarang, dulu kerap jugak datang saja saja kat sini, jetinya sempoi saja tapi sekarang memang sangat cantik, ada kedai cenderamata berderet.



Kak Aya bayar RM1025 untuk 3 dewasa, 2 kanak-kanak , meliputi kos:



1. Bot daripada Jeti Merang - Pulau Redang - Jeti Merang

2. Penginapan 2 hari 1 malam .
3. Sarapan pagi, Makan tengahari dan makan malam sepanjang kami di sana untuk sekeluarga.
4. 1 trip Snorkeling untuk 4 dewasa 1 kanak-kanak
5. 1 trip ke Taman Laut
6. 1 trip ke Pantai Teluk Dalam


Kak Aya rasa sangat berbaloi kerana perkhidmatan yang disediakan sangat memuaskan dengan bayaran yang dikeluarkan.



Makanan pun Alhamdulillah , mengenyangkan dan sedap.



Jom layan gambar dulu la, gambar memang banyak tapi ada je yang tak begitu menarik untuk dikongsi, jadi pilih pilih je la mana yang sesuai untuk tayangan umum...



sedang tunggu bot ni...



Budak ni sangat teruja nak naik bot

Dalam bot

Sebelum bot mula bergerak

Laju betul la bot ni memecut...Umar siap mengucap berkali kali...biasalah kali pertama , Kak Aya sendiri pun berdebar , diam je sepanjang perjalanan, sambil beristighfar sambil menghayati keindahan ciptaan Ilahi.
Melihatkan laut terbentang luas, memberi kesedaran yang bukan sedikit, betapa Maha Besarnya Allah.
Perjalanan mengambil masa 40 minit untuk sampai ke Jeti Pulau Redang.




Rajin bebenor, heret beg dari jeti hingga ke kampung menunggu van, padahal van akan jemput kita di jeti.
 Lama jugak menunggu van Asmadi datang menjemput, sebenarnya van tu dah menunggu tapi kesilapan komunikasi..tak apalah, nak happy-happy kena la lalui sedikit ujian kesabaran.


muka lega dapat masuk dalam van..
Sekejap je pun perjalanan dari jeti ke tempat penginapan tu.


Bawah restaurant, bahagian atas tu bilik penginapan
Sampai-sampai terus dihidangkan dengan Orange Jus. Alhamdulillah, sejuk tekak. Lepas tu dapat kunci bilik. 

12.30 turun makan tengah hari. Lepas makan, rehat, pukul 3 petang boleh turun untuk bersiap ke tempat snorkeling. Teruja kami 5 beranak ni tak sudah-sudah...nama je tinggal tak jauh mana pun dengan Pulau Redang tapi ni kali pertama jejak kaki ke sini, mau tak teruja semedang.

Dalam pada teruja nak snorkeling tu,kami berlima sempat lagi tidur sepuasnya..macam terlupa pulak nak pergi snorkeling..sabar je la..sebenarnya kami ke Pulau Redang ni sebaik saja habis kenduri kahwin adik , pagi esoknya terus ke sini..memang betul betul lepaskan penat lelah kenduri.

Bestnya kalau guna perkhidmatan Asmadi ni, kita dilayan penuh privacy, tak ada share bot dengan orang lain, hanya kami 5 beranak je.

Kami naik van menujuj pantai Teluk Dalam melalui The Taraas, khabarnya The Taraas ni paling mahal di antara seluruh hotel, resot sekitar Pulau Redang..hmm mampu memandang je le.

Nampak je Pantai Teluk Dalam, kami macam jakun sangat tapi pandai pandai la pakat cover kejakunan tu he he.

Sampai situ, kami ready untuk naik bot untuk snorkeling sambil-sambil tengok penyu.

sampai sampai Pantai Teluk Dalam terus snap gambar ni
Sebelum tu sempat la kami berlima ni sapu BB Cream Seqy Beauty, untuk halang daripada sunburn. sebelum tu dah pakai Sakura Mask..riso benor , takut sunburn.

Tunggu bot datang









Lama jugak la kami snorkeling eh kak aya tak turun pun sebenarnya he he..main celup celup kaki je dengan Zahra..budak kecik tu tak bagi pulak dah kak aya turun..

Boleh nampak lah bot bot lain penuh dengan penumpang, lepas mereka semua pakat turun untuk snorkeling. 

Mereka ni diberikan masa tertentu lepas tu pakat naik bot semula.

Macam keluarga kami ni, agak bebas sikit ..tak ada lah dihadkan masa tapi sendiri faham la , nanti rentung pulak kulit .

Lepas dah lebih kot 2 jam, kami bergerak sekejap ke Long Beach.. situ banyak chalet-chalet, macam -macam nama..nampak menarik pemandangannya tapi memang dari awal kami memilih untuk percutian bajet saja, pastinya chalet yang ada sepanjang Long Beach tu tak sepadan dengan bajet kami hu hu.

Insyaallah kami akan datang lagi, kali ni dengan impian untuk menginap disalah satu chalet yang ada di sepanjang Long Beach. Kalau ada rezeki lagi lebih, boleh book TheTaraas terus, mana tau kan?

Jeti Long Beach


Banyak jugak snap gambar kat sini tapi tak ada pulak muka kak aya yang cun cun untuk dikongsikan .


Dalam 40 minit kot kami mandi manda di sini...ramai sangat manusia kat sini...lepas tu kami gerak ke Taman Laut..sebenarnya kami patut datang waktu pagi ke sini , memandangkan kami hanya mengambil pakej 2 hari 1 malam, kami perlu datang ke sini pada waktu petang..sayangnya ikan semua tak ada pada waktu petang ..tengok air je la.

Layan aja la sekeping 2 gambar  sekitar Taman Laut. 
Gambar banyak je tapi tu la , masalahnya bila ada muka Kak Aya je, terus rasa tak nak share hi hi.








Hari pun dah nak masuk malam, kami gerak balik ke tempat penginapan. Balik dan terus makan malam, lepas tu malamnya lepas Isyak je,  kami semua terus hanya dibuat mimpi, keletihan main air.

Nanti Day 2 , Kak Aya sambung semula tau.

Comments

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu