Kejutan 4 Disember 2016 - 46 hari lepas

Hari tu adalah hari yang sepatutnya hari gembira sebabnya dah plan awal-awal nak ke KFC sempena birthday Umar yang ke 10. 

Sejak seminggu sebelum tu lagi, dia asyik ulang ulang sebut nak pergi KFC dihari jadi dia nanti..padahal tiap bulan mesti ada 1 hari tu makan kat KFC. 


Awal hari Ahad tu bermula dengan keluar membeli nasi kerabu , kedai yang berhampiran dengan Pejabat Pos Laju (PPL) Batu Caves, lepas makan memang nak ke PPL untuk pos barang customer. 

Selesai urusan di PPL, terus balik rumah. 

Kemas2 kat tingkat atas dalam setengah jam jugak la, berpeluh2..turun kemas bahagian dapur pulak..tengah berpeluh-peluh tu,HP suami berbunyi. 

Dengar la suami bersembang. 

" Abang kat mana sekarang? Saya ada je kat rumah" 

Terus hati ni rasa mcm semacam, memang Kak Aya ni kan jenis kelam kabut kalut malut kalau tau ada orang nak datang rumah tiba-tiba je. 

"Abang kat depan pagar dah ?" 

Suspens sungguh rasanya, nak selak langsir tu boleh aja tapi kenangkan dengan pakaian bibik yang tak begitu semenggah, tak elok la nak pergi mengintai. 

Suami pun bagitau la , Kak Asiah anak beranak ada depan pagar tu.. 

Terkejut sakan la Kak Aya ni..berpeluh macam apa je ..tarik baju kurung kat ampaian, terus tukar pakai baju kurung tu..kelakar pulak bila diingat-ingat. 

Tadi tu hanya sempat kemaskan bahagian dapur dan atas je kan, ruang tamunya berselerak dengan mainan Zahra, ada makanan, buku.. 

Tetamu dah pun ada depan pintu, kita selamba je la kan jemput masuk, duduk je la tang mana yang boleh duduk. 

Kak Asiah ni adalah pengasuh Nadhirah ketika habis pantang sehingga la Nadhirah tadika, Umar sempat lah dijaga oleh Kak Asiah lebih kurang setahun, lepas Kak Asiah sekeluarga pindah balik Sungkai. 

Dah macam family sendiri dah mereka ni cuma kalut sikit bila rumah bersepah macam tu, kebetulan tak ke pasar, memang peti ais kosong la kan. 

Rupanya mereka dari Sungkai nak ke Selayang untuk kenduri kahwin anak jiran lama dulu. 

Sempat la sejam mereka lepak lepak. 

Lebih kurang 11 lebih macam tu, mereka gerak ke kenduri, Kak Aya pulak nak keluar hantar barang customer di PPR Batu Muda. 

Hp Kak Aya sebenarnya dah beberapa bulan tak ok..kena tukar baru sepatutnya tapi memandangkan belum betul2 terdesak untuk menukarnya, guna je la dulu..HP tu banyak OFF daripada ON. 

Ok, masa dah keluar untuk COD barang tu, sampai kat traffic light bulatan Batu Caves tu, Kak Aya mintak tolong Nadhirah on kan HP. 

Masuk la whatsapp daripada Kak Ton, geng ngaji kat ofis tu. 

Ayat dia - " Awak ..Ustaz dah meninggal" 

2 kali mintak Nadhirah baca ayat tu...sempatlah Kak Aya ambik HP tu dan baca sendiri mesej tu dan lampu isyarat pun hijau..terus la memandu. 

1001 pertanyaan datang menerpa ni...Ustaz mana agaknya ye? ( walaupun tau, kalau kami sembang  , biasanya  kalau sebut "ustaz" je itu merujuk kepada Ustaz Talaqi kami, Ustaz Azman Ahmad) 

Jumpa lagi sekali traffic light merah, terus reply whatsapp Kak Ton - Ustaz mana ye? Saya tengah memandu ni, dah menggigil ni. 

Dia reply, baca kat Telegram , memandu dulu sampai tempat , baru baca. 

Dah tau, bila dia tulis baca kat Telegram tu membawa maksud Ustaz Azman la. 

Sampai kat PPR Batu Muda tu, customer belum ada....sempat la baca semua kat Telegram Group Ngaji. 

Memang tak dapat ditahan-tahan airmata ni ..memang terkejut . 

Ketika itu jugak la customer datang..mesti dia terkejut tengok Kak Aya dengan airmata berjejeran. 

Hinggakan salah kira. 

Balik rumah baru la whatsapp semula dengan customer, bagitau dia tentang berita yang menyedihkan tu. 

Ustaz Azman atau lebih popular dengan nama Azman Al Kurauwi meninggal akibat kemalangan langgar lari. 

Arwah berbasikal pada hari pertama selepas basikal tu dibeli. 

Memang hari tu betul-betul penuh dengan kejutan hinggakan ketika makan di KFC , hati kurang ceria walaupun hari tu adalah hari jadi Umar. 

Sekeluarga macam muram , suami biasa bersolat Jumaat diimamkan oleh arwah Ustaz Azman ketika bersolat di DBP. 

Begitulah, hanya Allah Yang Maha Mengetahui bila dan di mana ajal kita. 

Persoalannya untuk kita orang-orang awam ni , bersediakah kita. 

Nanti sambung lagi rentetan daripada peristiwa ini. 

Comments

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu