Posts

Showing posts from 2015

UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN MRSM TINGKATAN 1 2016

Alhamdulillah, Nadhirah akan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM untuk Tingkatan 1 2016 pada 15/12/2015 di MRSM Kuala Terengganu. Ni Kak Aya ambik daripada Laman Web Mara. Ada Ujian Lisan dan Ujian Bertulis secara objektif.  Matematik – (40 soalan )  Sains – (50 soalan) Keperibadian – (100 soalan ) Pakai pakaian sekolah ketika Darjah 6 , kalau Pengawas Sekolah, pakai baju pengawas. Sila bawa bersama cetakan borang permohonan, salinan slip gaji ibubapa dan sijil-sijil Kokurikulum yang telah disahkan. Kad pengenalan, Alat tulis , Minuman dan makanan perlu dibawa. Alhamdulillah, pada tarikh itu memang Kak Aya dah apply cuti untuk balik kampung..MRSM Kuala Terengganu tu dalam 5Km je dari rumah mak. Semoga Nadhirah dapat menjawab dengan baik dan ada rezeki untuk diterima belajar di MRSM.  Debaran seorang ibu terhadap anak-anak tiada penghujung.

YAM TUNKU JALIL MANGKAT

Assalamualaikum Alfatihah. Terkejut jugak tadi,lepas solat Maghrib, terbaca berita kemangkatan YAM Tunku Jalil di IG.. Petang tadi Kak Aya lepak-lepak dengan Ucu, hari ni Ucu sangat tidak sihat..selepas pulang daripada dialysis memang dia betul-betul tak larat..sedih jugak la kak aya tengok keadaan Ucu..dia cakap mungkin kesan dialysis dan kesan ubat yang diambil sebab demam, batuk dan pening. Kita orang borak-borak la pasal arwah Yus , arwah Mariani...lepas tu Ucu cakap, terasa kian dekat je masa untuk tinggalkan segalanya ( memang kak aya sebak dengar dia cakap macam tu)..Sorang demi sorang saudara dekat, saudara jauh pergi menemui Pencipta, kita yang sakit terlantar macam ni sangat terasa kematian kian mendekat.. ( ***sebak) Lepas tu dia teringat la akan YAM Tunku Jalil yang sedang gering..katanya, YAM sangat baik, merendah diri..Ucu suka juga tengok FB Page Almarhum , time Ucu buat dialysis, tengok-tengok page  Almarhum  terasa la kuat sebab  Almarhum   pun sakit tapi kel

Umar Faris dah genap 9 tahun!

Image
Alhamdulillah hari ni genap 9 tahun usia anak bujang saya, Umar. Alhamdulillah syukur, dah pun bersunat 2 minggu lepas....dah jadi anak bujang. Ketika entry ni ditaip, jam 10.50 malam, Umar masih berharap abahnya pulang membawa sebiji kek coklat. Walhalnya abahnya dah pesan, jangan tunggu sebab abah balik lambat malam ni kena siapkan report untuk management meeting. Masih terkebil-kebil menunggu abah..kejap kejap diselaknya langsir, intai kot-kot abah dah balik. Esok la kita celebrate, malam ni kita tidur awal, ye Umar. Mama bersyukur kerana dikurniakan seorang anak yang sangat bertuah.! Doa mama semoga Umar akan menjadi anak yang soleh, berjaya dunia akhirat,dipermudahkanNYA segala urusan. p/s: nak tulis panjang lagi tapi dia sibuk je menempel kat tepi ni ha.. Selamat malam semua.

Serasi Bersama

Image
Assalamualaikum ( jem sangat ketika taip entry ni ..guna hp) Sorang underweight Sorang obesity Sorang hadapi masalah semua saiz baju ada la besar  Sorang semua saiz baju adalah kecik.. Alhamdulillah. Bahagia kami seadanya dengan kekurangan dan kelebihan yang kami miliki.

TIps untuk Kawal Darah gemuruh

Assalamualaikum Malam ni agak awal mengadap blog...zahra masih belum sihat..tidur awal tapi tak begitu lena sangat tidurnya. Sementara dia sedang terlena, cepat-cepat update blog. Ni kisah kak aya, memang teruk darah gemuruh. Ada tip atau apa-apa doa khas untuk hilangkan darah gemuruh tak? Kak Aya join kelas talaqi kat ofis, dah lama tapi sampai hari ni masih lagi mengaji dengan suara mengigil bergetar getar...malu jugak la kan bila ada yang gelak. Memang ketara bunyi getaran suara..tiap minggu macam tu... Ada siapa boleh bagi tips tak? Nak menaip panjang lagi tapi dah terjaga pulak dah anak dara sorang tu..ok nanti jumpa lag ye.

Ujian Kehidupan

Assalamualaikum Jam 2.47 pagi sekarang ni. 2 minggu ni memang minggu minggu yang mengujikan. Ujian sakit memang ujian berat kecuali bagi orang yang sabar Macam ustajah pulak kak aya dinihari ni. Betul kan? Diuji dengan kesakitan memang kita rasa kita la paling teruk diduga walhalnya diluar sana lagi ramai yang berat penanggungannya berbanding kita yang hanya diuji manja je oleh Allah. Syukur Alhamdulilah. Bermula dengan suami yang demam dan batuk. Sakit kepala pun boleh tahan jugak serangan hendapnya. 2 hari MC. Ucu pulak ada appointment dengan pakar fistular di HUKM. Asalnya kak aya yang akan menemani Ucu tetapi kebetulan Umar tiba-tiba mendapat tarkh untuk bersunat lebih awal daripada yang kami cadangkan. Jadi kak aya mintak adik yang kat kampung (ayahde) tu datang temankan Ucu. Kuasa Allah memang Hebat..adik datang dari Terengganu untuk menemani Ucu ,memang betul-betul menemani Ucu di HUKM untuk hari tu je sebab dia pulak demam teruk..sangat teruk demam tu sampai

Cemburu si Adik

Assalamualaikum, Pukul 12 tengah malam ni, berakhir jualan combo Seqy Beauty ye! Boleh roger kak aya kepada yang berminat tu, sebab memang murah kalau beli set combo. Malam ni nak share kisah Umar...dia memang cepat jeles kalau kakak tu lebih hebat daripada dia. Semalam, angkut semua anak-anak seawal pagi, tunggu depan pintu Giant, Batu Caves...nak belikan handphone untuk si kakak. Memang dah janji dengan Nadhirah, kalau dapat 5A atau Mumtaz atau keduanya memang nak hadiahkan dia handphone. Alhamdulillah dia dapat 5A dan Mumtaz, jadi confirm-confirmlah dia tuntut hadiah yang dijanjikan tu, sementelah dia tu tak pernah ada handphone selama hari ni. Selalunya dia guna handphone kak aya je la, kadang-kadang kita ni pulak macam meminjam handphone dia..sebab hampir setiap masa handphone kita kat tangan dia. Belikan dia Samsung V Plus RM299, dia pilih sendiri...dia cakap cukuplah yang tu , tak adalah macam kawan-kawan dia siap meminta hadiah Iphone...kedudukan kewangan ibubap

DRAMA KAU AKU KITA

Image
Assalamualaikum Sejak Astro dah tak ada kat rumah ni, kak aya kembali ada masa untuk menonton drama..ye la kalau dulu mesti Umar yang pegang remote control Astro. Dah lama gila tak ada cerita kegemaran sendiri. Sekarang ni nak kata dah ada cerita kegemaran tu tak la jugak. Sambil-sambil lipat kain tu ada la jugak jeling-jeling drama kat TV3 selepas Buletin Utama. Setakat ni drama yang agak mengikat mata ni menonton sambil sibuk melipat kain baju adalah Drama Kau Kita Aku. Ekceli tak ada la nengok betul-betul sangat pun. Tengok fokus tak fokus je..asalnya sukakan watak Shamsul Ghau Ghau...lama-lama sukakan anak Shamsul Ghau Ghau pulak he he...tak adalah,gurau je...memang menunggu je Shamsul Ghau Ghau keluar dengan loghat Kelate dia..mesti Kak Aya gelak. Baru je tengok beberapa episod, tak tau sangat apa kisah sebenarnya...nampak macam kisah kahwin terpaksa...tak kisah la janji watak Shamsul tu memang best! Oleh kerana Kak Aya ni jenis tak begitu tinggi tahap sabar untu

Kisah Umar dan Nadhirah

Assalamualaikum Dah tidur ye semua? Rasa macam dah lama bebenor tak ngadap blog...sibuk, tak sihat, tak ada mood semua bersatu, yang jadi mangsa adalah blog ni ... Minggu ni ada 2 peristiwa manis berlaku di dalam kehidupan kami sekeluarga. Alhamdulillah Nadhirah mendapat 5A di dalam peperiksaan UPSR dan Mumtaz untuk peperiksaan UPSRA. Semoga ini satu langkah pertama untuk langkah-langkah seterusnya yang lebih berliku. Dulu kak aya tak mampu nak jejak kaki hingga ke peringkat tertinggi, kepada anak-anak la harapan kak aya letakkan...memang cerita pasal harapan dan anak-anak, satu malam menaip pun tak habis. Di akhirnya, kita kena yakin Allah jua yang menentukan segalanya.. kita rasa dah elok merancang tapi perancangan Allah itu Maha Hebat.  Berita gembira lain yang tak cukup penting di dalam kehidupan kami sekeluarga, Umar telah pun bersunat. Eh jangan la cakap - bersunat pun berita gembira ke? Memang la gembira...menandakan anak kita dah dewasa. Bakal jadi anak buja

KEPUTUSAN PSRA & UPSR 2015

Image
Assalamualaikum Debaran ibu lebih hebat berbanding debaran anak yang menduduki peperiksaan. Semoga keputusan yang bakal keluar esok dan lusa adalah permulaan terbaik untuk perjalanan yang lebih panjang. Siapa lagi yang turut berdebar esok dan lusa?  Wajah wajah orang yang akan terima keputusan esok dan lusa.

Misiku kurus - Nusaibah Dress by Yatt Hamzah

Image
AWAS!! Ini bukan Kak Aya. Bila la dapat pakai jubah ni..dah beli banyak bulan dah..ambik saiz paling besar dah...XXL..namun masih belum muat untuk memakainya..ohhh sedeyyyy sangat.. Yang ni baru la tuan blog ni..bersemangat ambik jubah paling besar saiznya...labuh meleret tapi badannya ketat bila kak aya sarung...dah hantar utk potong bahagian labuh jubah tu..still belum muat .. Kak Aya harap dapat pakai pada hari jadi nanti..tapi memandangkan tarikh hari jadi dah dekat sangat dah, mustahil dapat pakai sebab mustahil dapat potong lemak yang bertempek tempek bertenggek dibadan ni Terpaksalah simpan lagi jubah ni , tak tau untuk tempoh berapa lama. Ya Allah, Kau berikan lah aku kekuatan untuk terus berusaha buang lemak di badan demi untuk kesihatan badan ku, agar dapat ku beribadat lebih banyak lagi pada MU dengan kesihatan yang KAU berikan..agar dapat ku manfaatkan kesihatan yang KAU kurniakan. AMIIN

Emosi pesakit buah pinggang

Assalamualaikum Semua dah kenyang , Alhamdulillah anak-anak dah melayan mata....suami layan TV..ni la waktunya untuk mamanya melayan  blog. Nasi 3 pot dah habis seperti hari-hari cuti selalunya....malam ni masak nasi lagi..baru best makan panas-panas. Kejap lagi cadang nak goreng cekodok bilis..minum bersama Teh O panas... Dah sediakan semua , tunggu nak goreng je...goreng extra untuk dibawak ke rumah Ucu...rutin hari cuti..tak sampai hati nak biarkan Ucu keseorangan time-time cuti ni. Pukul 11 jemput Ucu dari tempat dialysis. ..tadi masa dia keluar dari tempat dialysis nampak longlai , pucat je.. Masuk je kereta, dia bagitau tadi selepas 2.30 minit buat dialysis, dia diserang sesak nafas lagi. Memang saya selalu rasa sedih tapi kita jangan sekali tunjukkan kesedihan kita kepada dia..sebab kalau kita lemah, dia akan jadi makin lemah. Kak Aya ada cerita kan hari tu ada ke HUKM untuk follow up tapak fistular yang dibuat pada bulan 9 baru ni..doktor check tempat jahit tu,

Resipi Masak Lemak Ikan Masin

Assalamualaikum Dah siap masak ke? Awalnya.. Kak Aya tengah goreng sayur tu...nasi dah masak, kalau hari cuti masak nasi 3 pot, makan untuk 5 beranak. Menu hari ni: Masak lemak ikan masin..ikan keras ekor ( ikan cencaru atau ikan jaket)..Ikan ni mak yang buat kering dan kirimkan kepada adik baru-adik baru ni. ( Sorry kalau nak tengok gambar, memang kak aya ni jenis keturunan malas nak snap gambar, tambah-tambah skrg ni guna handphone pinjam). Orang Terengganu memang panggil ikan cencaru ni dengan panggilan ikan keras ekor...biasa mak beli ikan ni, siang belah belakang, letak garam ..perapkan dengan asam keping dalam bekas atau balang selama sehari dua..lepas tu basuh ikan tu dan jemur kering. Kalau dah kering tu terpulang la nak goreng atau nak masak lemak..kalau kat rumah mak kat kampung tu memang suka goreng garing-garing, makan dengan nasi panas berlaukkan sayur lemak putih sawi , sambal belacan dan ulam timun. Eh panjang pulak cerita mengenai ikan keras ekor.. Sel

Tentang Ucu - Ujian Pesakit Buah Pinggang

Image
Assalamualaikum Lama Kak Aya tak share perkembangan Ucu...dah lebih 6 bulan Ucu disahkan mengalami kegagalan buah pinggang pada tahap terakhir. Sekarang ni Ucu menjalani dialysis sebanyak 3 kali seminggu , setiap Selasa, Khamis dan Sabtu bermula 7 pagi hingga 11 pagi di Pusat Dialysis Islah, Batu Caves Centrepoint dengan pembiayaan sepenuhnya oleh Zakat Selangor. Ucu juga telah menerima pencet ilat setiap bulan bagi menampung kos ubat-ubatan beliau. Alhamdulillah. Sekarang Ucu masih menggunakan tiub pada leher untuk proses dialysis...tapak fistular pada lengan belum matang dan ketika sesi follow up baru-baru ni doktor ada menjelaskan yang Ucu perlu menjalani satu major operation pada bahagian bawah lengan kerana urat Ucu terlalu halus, tapak fistular yang sebelum ni bahagian atas lengan akan dipindahkan ke bahagian bawah.  Tarikh untuk operation tu belum ditentukan Percaya tak, jahitan luar pada bahagian leher Ucu tu selalu terputus...kat situ ada 2 jahitan, kalau satu te

Nasi Goreng Ikan Masin Menu Buka Puasa

Assalamualaikum Dah tidur ke semua ni? Awalnya dah tidur..Kak Aya keluar tadi , pergi COD barang..awal bulan ni biasalah ,rezeki lebih sikit...Alhamdulillah. Handphone kak aya kat kedai sekarang ni..rosak apa ntah....sekarang ni pinjam adik ipor punya..Alhamdulillah rezeki jugak tu, ada orang sudi bagi pinjam..boleh tumpang update blog . Nak cerita yang tadi buka puasa pakat makan nasi goreng ikan masin aje...Alhamdulillah rezeki sama dikongsi...sedap tak sedap belakang kira. Nasi putih tu kak aya beli daripada gerai Kak Azie...tak payah tanya la Kak Azie mana sebab kalau bagitau pun memang tak kenal pun ..lain la kalau yang baca blog ni geng geng setaman dengan Kak Aya. Beli RM2,banyak tau...cukup untuk cover 5 perut dalam rumah ni. Ada tak yang nak tau macam mana cara nak buat nasi goreng ikan masin?  Mak aiiiii ramainya yang berminat nak tau .....ok ok Kak Aya share ( kasi can la kak aya nak perasan mcm kak aya ni femes dan pandai masak, semua benda orang nak tau..pada

Misi kurus - baju jadi hiasan

Assalamualaikum Kak Aya perasan sejak extra obes ni, banyak pulak pakaian Kak Aya yang hanya layak digantung semata dan hanya 2 helai blouse yang selesa dipakai.. Percaya tak, kak aya gilir pakai blouse yang 2 helai tu sampai kusam...yg 2 tu je buat rasa selesa memakai.. Bila terlebih lebih lemak, bahagian lengan jadi menggeleber dan part tu la yg buat kak aya rasa tak selesa dgn blouse dan baju kurung yang ada...jadi tersepiitt gitu bahagian ketiak. Bila buat baju tu besar - besar rasa macam tak selesa jugak...macam masuk dalam karung yang besar Pendek kata macam serba tak kena, tak selesa.. Memang meyesal jugaklah tak jaga makan sedari awal. Sekarang ni bila lemak dah degil macam ni, merasalah peritnya.. Rasa rendah diri mmg ssh nak kikis walaupun sedaya upaya kita mencuba menanganinya secara positive...rendah diri mmg tak bagus sb banyak membantutkan perkara yang tak sepatutnya kita rasa segan nak buat... eh faham ke apa yang kak aya nak sampai k

Kandil Di Kaki Gunung-Roza Roslan

Image
Assalamualaikum, Sekarang pukul 3.04 pagi tau....dah tidur sebenarnya tapi terjaga sebab susukan Zahra, lepas tu terkebil-kebil..bangun on pc , check & reply email customer dan packing untuk pos pagi nanti. Pukul 8 pagi nanti Kak Aya ada di UIA Gombak tau...untuk COD barang... Nak cerita, Kak Aya dan anak-anak jumpa hobi baru..hobi meminjam buku di Perpustakaan Awam MPS...teruk tak bila tinggal di Selayang ni dah berbelas tahun, baru tau ada Perpustakaan Awam...rugi sangat rasanya sebab baru tau..tapi takpe, biar lambat tau daripada sampai sudah tak tau-tau ): Perpustakaan ni tak jauh daripada Masjid Firdaus, berdekatan dengan pejabat Majlis Daerah Gombak, Majlis Peperiksaan Malaysia, Kolej Komuniti Selayang..nanti la kak aya buat entry khas tentang perpustakaan ni. Rabu lepas kali ke 2 , Kak Aya dan anak-anak ke sana..mula-mula pulangkan buku yang dipinjam 2 minggu lepas, kali ni pinjam lagi 20 buah buku....banyak kan? Bila balik rumah semua mengadap buku... Alhamdulillah

SUSU IBU ADALAH TERBAIK

Image
Assalamualaikum, Kak Aya tak pernah share tentang penyusuan anak-anak Kak Aya..dah ada 3 anak baru hari ni nak share...teruk nauu ye.. Masa mengandungkan Nadhirah , memang dah set awal-awal nak susukan bakal baby tu sehingga usianya 2 tahun. ..biasalah anak pertama , sentiasa inginkan yang terbaik segalanya..Alhamdulillah berjaya menyusukan Nadhirah hingga usianya melebihi 2 tahun..stop menyusu bila mula mengandungkan Umar..memang sedih time nak ceraikan susu tu tapi kenangkan diri dah mula mengandung dan usia Nadhirah pun dah selayaknya untuk dia diceraikan daripada menyusu badan. Ketika usia Nadhirah 6 bulan, Kak Aya mula ajar dia minum susu formula ketika ditinggalkan di rumah pengasuh.  Bila usianya 1 tahun, dia mula enggan minum susu formula, jenuh la kita ni pujuk dia....tukar susu jenama lain pun dia tak nak minum jugak.. Ketika itu kak aya tak begitu pandai nak pam..susu tak begitu keluar, jadi Nadhirah hanya menyusu bila kak aya dah balik kerja. Memang kena banyak bers

Masa untukku

Assalamualaikum, Dah pukul 2 pagi sekarang ni.  Baru selesai mengemas rumah, mop lantai, lipat baju. Biasalah tu semua , tak ada yang pelik pun. Yela kalau tak tulis semua tu, tak ada idea langsung nak tulis pulak. Sebenarnya aktiviti macam ni dah terlalu biasa untuk kak aya. Tunggu semua orang tidur, kita pun mula la gerak gempur. Dah siap semua, lega . Dan time dah siap semua, baru la ada masa untuk diri sendiri. Masa ni la boleh nak buat apa je untuk diri sendiri. Nak tengok blog, FB, IG, bisnes, apa je untuk diri sendiri...time ni la. Dulu kalau tak dapat tidur berjam-jam , mesti rasa macam tak puas semacam je. Sekarang ni sesekali tidur sejam dua, dah tak rasa apa ...bukan la tiap2 mlm. Seminggu ada sekali...paling kerap pun 2 kali..itu pun memang hujung minggu la. Bisnes slow sikit kalau time macam ni, dah nak ke pertengahan bulan. Nanti mula 25hb kembali sibuk dengan customer.  Alhamdulillah. Kak Aya sedang fikir-fikirkan untuk tambah lagi baran

CINTAKU LURUH DI OXFORD - NOOR SURAYA & IMAEN

Image
Assalamualaikum, Kak Aya ni dah jarang baca novel..rasanya bermula akhir 2012, Kak Aya mula rasa jemu dengan novel..bila mula mengandungkan Zahra, perasaan jemu tu meluap luap , tak boleh nak tengok novel....rasa nak muntah. Lepas habis pantang, ada cuba jugak baca sebuah dua..itu pun baca novel daripada novelis yang Kak Aya betul-betul suka je. Tahun 2014 macam tak baca apa-apa novel...tahun ni dah hampir penghujung dah , baru sebuah yang betul-betul Kak Aya baca dari mula hingga ke noktah terakhir. Cantikkan cover novel ni? Tenang je rasa di hati. Ni novel pertama Noor Suraya dan Imaen yang Kak Aya baca ...tak pernah baca sebelum ni..ntah la kenapa, tak perasan kot . Terpandangkan je cover novel ni yang dipegang oleh seseorang yang tidak dikenali ketika di dalam LRT, menyebabkan hati ni menggebu untuk mendapatkannya. Cuba bertanyakan pada adik Kak Aya, dia ada beli tak novel ni...dia cakap ada. ..hari tu jugak pergi rumah Ucu, ambik novel ni. Novel cinta tapi bukan