Restoran SUP HUSSIN - Sup dan Popia Basah

Assalamualaikum,

Jangan tanya pasal diet eh? 

Mari kita cerita pasal makan, itu lagi best hi hi.

Meh kita renung gambar makanan ni.terliur tak?


**kredit gambar kepada KYspeaks.com


Kak Aya ni tak banyak tau mana tempat makan yang best-best dalam KL ni...bukan kata dalam KL je, mana-mana tempat pun tak tau...maklumlah jenis memerap je kat rumah kalau tak ada apa-apa urusan..suami pun macam tu jugak, berkurung macam anak dara la gayanya kalau hari tak kerja.

Hikmahnya bila hari Jumaat ada solat Jumaat dan hari tu la pun untuk suami ni ikut geeng-geng pergi solat berlainan masjid tiap minggu.

Restoran Hussin atau pun lebih senang sebut Sup Hussin ni terletak berdepan dengan Masjid Jamiul Ehsan atau pun lebih dikenali dengan Masjid Kubah Kuning, Setapak.





Rasa sup memang sedap..Kak Aya selalunya order Sup Ayam kongsi bersama Zahra, Nadhirah dan Umar order SupDaging sorang satu, abahnya memilih Sup Kambing.

Boleh order roti atau nasi untuk dimakan bersama sup..terpulang la, nak makan sup je semata pun boleh.

Sambal belacan pun sangat power! Pedas tapi best terangkat!

Selain tu,popiah basah kat situ pun memang best..sedap sangat.

Dah banyak kali jugak la kami makan kat sana sejak tau kewujudan restoran ni. 

Orang sentiasa ramai, kalau terlambat sikit ,sup habis, balik dengan perut kosong la jawabnya

Hari Ahad tutup ye.

Ni map kalau nak ke sana.




Zahra sabar menanti sup ayam..

Ok kalau tak tau dah nak makan kat mana, boleh cuba makan kat sana ye.

Comments

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu