KISAH SEORANG MADU EPISOD 12

Apa khabar semua ye?

Kak Hani sangat bersemangat macam biasa...

Malam semalam masa golek-golek sorang atas katil sambil peluk bantal peluk, cuba ingat-ingat kembali perkara-perkara positif selepas dimadukan, ingat semula untuk dikongsi diblog ni...

1. Tak  ada lesen memandu..selepas tu terus ambik lesen...sebelum rahsia terbongkar , suami kerap "outstation"..Kak Hani terpaksa naik bas turun bas untuk sampai ke rumah. Pukul 9 malam baru sampai.Tapi tak rasa satu masalah sebab masa tu memang fikir suami outstation untuk cari rezeki kami sekeluarga.

Tak lama selepas rahsia terbongkar, suami suruh ambik lesen memandu..sekali ambik terus lulus. Suami belikan kereta. Alhamdulillah.

Sejak tu, memang semua benda buat sendiri...pergi balik kerja, pergi pasar, bayar bil, hantar ambik anak tuisyen, semua Kak Hani lakukan.

2. Kak Hani ketika satu-satunya isteri kepada suami Kak Hani, memang tak tau jalan-jalan dalam KL ni...kalau Shah Alam, PJ, Putrajaya tu lagi la kan..semua bergantung harap kat suami je sebab kami dulu-dulu macam loving couple sangat..dia memang tak benarkan Kak Hani ke mana-mana sendirian. 

Bila dah tambah isteri, secara automatik tanggungjawab dia makin bertambah, jadi untuk kekal sentiasa bersama-sama macam dulu tu macam mustahil sikit la..Kak Hani awal-awal dah mintak izin daripada suami untuk ke mana- mana yang perlu secara bersendirian..kalau tunggu dia free, mungkin ambik masa sikit la kan.

Bila dia beri keizinan, memang rasa tak sangka, Kak Hani boleh buat banyak perkara yang mana satu masa dulu rasa macam Kak Hani tak boleh buat..tak akan berjaya kalau Kak Hani yang lakukannya

Anak dara Kak Hani tu ambik course fotografi yang memerlukan dia ke sana sini untuk mengambil gambar, Kak Hani la yang ke hulu ke hilir membawa dia .Alhamdulillah tak ada masalah besar yang dihadapi. Banyak tempat yang Kak Hani tak pernah sampai tapi selepas kejadian tu Kak Hani memandu sendiri ke tempat itu.

Kak Hani pernah memandu berdua ditemani anak dara Kak Hani hingga ke Melaka, Negeri Sembilan dan Johor demi untuk menyiapkan assignment anak Kak Hani itu.

Selain itu, Kak Hani lebih pandai mengurus kewangan dan perbelanjaan kerana kita lebih tau mana yang lebih penting, mana yang perlu diutamakan. 

Lagi satu, Kak Hani punya "me time" yang berkala setiap minggu...masa untuk Usrah, masa untuk bersama adik beradik Kak Hani. Sebelum ni susah je nak jumpa adik beradik,kena tunggu ada kenduri kendara, majlis hari raya baru dapat jumpa

Itu la sedikit sebanyak hikmah dan sangat memberi aura positif kepada Kak Hani...

***macam karangan penulisan UPSR dah gayanya.




Comments

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu