PENULIS TAMU : KISAH SEORANG MADU EPISOD 3

Assalamualaikum

Jumpa lagi kita.

Jangan seronok sangat la kak aya 
Hari ni mencurah idea
Esok kering sekering gurun

Ada waktunya kala diuji
kita perlukan ...sangat perlukan
2 telinga untuk mendengar
1 bahu untuk disandarkan
tak perlu bersuara
mohon dengar je 
suara hati ini

Kak Hani bersyukur 
ada yang sudi pinjamkan
telinga dan bahu
kala Kak Hani dirundung
awan gelap

Ya Allah 
Terima kasih atas ujian 
ini.

Bayangkan 
seorang suami yang selama
Kak Hani kenal 
daripada Zero
sama-sama Zero sebenarnya

Dia hanya seorang petugas pam minyak
asalnya
kami berkahwin atas dasar cinta
Dia ingin berjaya
Kak Hani bagi sepenuh dorongan
Akhirnya berkat kegigihan dan dengan Izin Allah, pastinya
Dia berjaya menjadi bisnesman berjaya
Syukur kerana doa Kak Hani dimakbulkan Allah
Perjalanan yang dilalui sebelum ni sangat berliku

Mana ada jalan pintas untuk berjaya
Tidak ada lif untuk sampai ke puncak kejayaan
Nak atau tidak mesti daki tangga.

Sesudah kesenangan mula mendatangi kami
Suami pun kerap outstation untuk jumpa client
Ada waktunya rasa curiga datang menerpa
Laju sepantas kilat Kak Hani tepis
Kenapa mau prasangka sedang suami berhempas
pulas mencari rezeki
memandu beratus kilometer mencari client

Kak Hani masih lagi tak percaya
sekalipun sudah 15 tahun berlalu
masih sukar nak menerima
walaupun telah menelan 
segala 1001 rasa

Rasa sakit pedih kecewa luka
tu semua memang takkan hilang
Kak Hani sudah penat melayan rasa itu
Sejajar dengan usia yang kian meningkat
kian menuju ke penghujung
Hanya Kepada Allah 
Kak Hani bergantung dan serahkan segalaNYA
Kak Hani sangat yakin segala yang berlaku
penuh dengan hikmah.

"Allah tidak akan menguji hambaNYA melainkan yang 
mampu ditanggung hambaNYA."






Comments

  1. Kak hani tak pernah bertanya punca kak hani dimadukan? Muda lagi masa kak hani dimadukan tu. tabahnya kak hani.

    Dari pembantu pam minyak? Besarnya pengorbanan kak hani jd tulang belakang hingga suami kak hani berjaya ke takuk sekarang. Pedihnya membaca bait2 bicara kak hani:(

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu