11 May 2013

MInggu ke 35 Kehamilanku



Membulat......bersama anak dara di Tasik Titiwangsa.

Pejam celik tidur bangun , sedar-sedar dah pun masuk minggu ke 35.

Lagi 5 minggu untuk menghampiri tarikh jangkaan bersalin. 

Perut terasa agak kerap mengeras. *Suspens* 


Beg untuk ke hospital sudah tersedia.

Kekuatan mental untuk memandu ke pejabat menjadi agak berkurang sekarang. 

Lantas, mula la datang idea untuk memohon cuti lebih awal. 

Tetapi itu baru sekadar idea yang belum diterjemahkan dalam bentuk tindakan. 

Saya rasa badan begitu berat sekali seminggu dua ni. Letih dan lenguh-lenguh. 

Sungguh sukar untuk lena dan kerap terkebil-kebil dikala isi rumah yang lain sedang diulit mimpi. 


Kebelakangan ni kerap ke Taman Tasik Titiwangsa , jalan pusing-pusing taman untuk memudahkan bersalin nanti. Insyaallah.

Minggu ni tak ada check up - jadi tak ada apa-apa update mengenai kesihatan. 

Sabtu depan ada check up dengan pakar, nanti saya update perkembangannya.

p/s: kerap mimpi suasana di dalam labour room.

1 comment:

7 bulan selepas

Gini la nampaknya, renew domain setiap tahun untuk kekalkan blog ni . Dah renew baru ingat nak jenguk, tak tau sampai bila nak kekalkan blog...