Hidup = Dugaan

***Saja je letak tajuk tu.

Mula-mula tataplah dulu muka sembab saya ini): Orang yang beratnya 76.7kg sekarang ni!





Dah penghujung Feb dah rupanya...sejak January, saya asyik MC je...kalau tak kerja, memang saya lupa tarikh dan hari (: sangat teruk kan?

2 hari lepas ke Pusrawi untuk follow up bersama Dr Asmah Yun...ni kali ke 2 saya berjumpa beliau.

Alkisahnya, hari tu memandu sendiri sebab suami tak dapat cuti...ketika check urine di Pusrawi, ada keluar ketulan merah..tiba-tiba rasa takut..bukannya takut apa, saya takut kena ambik sample lagi sekali....adoiii sangatlah mendebarkan part nak ambik sample tu...malu la yang lebih sebenarnya, kalau dah memang nak bersalin tu lain la...malu tak malu kena la redha je.

Ketika menunggu giliran untuk berjumpa Doktor, saya asyik berdoa je, agar tiada apa-apa yang serius walaupun ketulan darah yang keluar tadi bukan satu perkara yang normal untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.

Ketika no giliran saya terpapar di skrin, melangkah longlai masuk bilik doktor.

Doktor : Eh ni apahal lemah gemalai je ni?

Saya : (Senyum je)

Doktor: Sebenarnya doktor ni kot yang rasa letih dan lemah je, tu sebab doktor nampak semua orang lemah je...doktor sekarang ni kalau lepas je handle kes bersalin awal-awal pagi , sukar nak lelapkan mata lepas tu, dah tua dah agaknya doktor ni ( sambil tersenyum)

Pandai doktor nak hidupkan suasana....lepas tu saya mula bercerita tentang ketulan darah tadi.

Doktor: (senyum je) ok,tak  apa pun baring dan kita scan dulu...lepas tu ambik sample.

Adoooiii dengar kata ambik sample je terus menggigil kaki nak bangun dari kerusi.

Hasil scan - doktor nampak masih ada sisa darah beku. Ini terjadi kerana keputihan yang agak berlebihan. Saranan doktor kurangkan makanan yang mengandungi fiber dan karbo yang tinggi, lebihkan makan buah dan sayur. Minuman manis pun kena stop dulu buat masa ni. ( memang saya tersangat jarang ambil minuman manis).

Kedudukan uri masih agak rendah namun tidak menutup laluan baby.. Alhamdulillah kerana kalau kedudukannya menutup laluan baby pasti akan mengundang lebih banyak masalah kepada saya.

Doktor ambil sample ketulan darah merah...kata doktor jangkitan kuman masih ada dan keputihan pun masih ada.

Berat baby sekarang adalah 650gm pada minggu ke 24, agak kecik sikit tapi tak apa, masa masih panjang, baby masih membesar.

Jantina baby belum dapat dipastikan kerana baby saja je nak bagi mama suprise.

Kata doktor lagi, dia akan berikan MC untuk sepanjang minggu ni..kalau masih ada lagi ketulan darah yang keluar, MC sebulan, kalau maaaasiiihhh ada jugak lagi - AWAK KENA ADMIT!

Oh tidak....perkataan admit tu cukup memberikan 1001 rasa...minta semuanya selamat dan dipermudahkanlah oleh Allah, itu doa saya hampir sepanjang masa.

Menunggu baki 15 minggu lagi terasa sungguh jauh dan panjang,mungkin kerana bila kita sentiasa bersendirian di rumah di dalam keadaan kesihatan yang tidak begitu ok, kita lebih banyak berfikir negatif tapi apa pun saya akan cuba buang segala perkara negatif ni....dushhhhhhh dushhh nyah ko dari fikiran ku!

Ada hikmahnya bila MC begini...kita oleh mengaji bila kita terasa nak mengaji dan sebagainya, nak lakukan lebih banyak lagi perkara bermanfaat tanpa gangguan sesiapa pun boleh aja..setiap yang berlaku memang pasti ada hikmahnya cuma kita kena terima dengan penuh keredhaan.

Setiap yang hidup pasti tak lepas dari diuji.

Sekian entry panjang malam ini.



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu