Umar Faris dah 6 tahun!

Inilah budak yang dilahirkan pada 4/12/2006, jam 9.34 pagi , sekarang dah pun genap 6 tahun.

Umar yang macam-macam cerita boleh ditulis mengenai diri dia kalau mama ni rajin nak kisahkan ...tapi rasanya dah banyak pun berkongsi dalam entry yang lepas-lepas.

Secara ringkasnya, dia kuat menangis sejak lahir....makan masa yang panjang nak atasi sifat menangis dia tu...kelam kabut sekejap kami dibuatnya....

Umar  mempunyai koleksi puting yang pelbagai warna, pelbagai bentuk.....jangkaan saya dulu, mesti susah nak berpisah dengan puting bila tengok keadaan dia yang sungguh tegar dengan puting tetapi sebaliknya berlaku...hilang untuk kali terakhir dan dia terus pasrah bahawa dia tak perlu mempunyai puting lagi..usia pun dah nak masuk 5 tahun kot time tu..tak mengamuk, tak memberontak apa pun.

Umar ni kalau nak tidur kena pegang tangan mama dulu sampai lena , baru boleh lepaskan..manja sangat-sangat hingga kerap menimbulkan rasa iri hati kepada kakak....

Umar tak lagi menggunakan diaper seawal usia mencecah 3 tahun....agak awal berbanding si kakak dulu..Umar tak pernah terkencing di atas tilam, kalau dia terasa nak buang air, dia akan terjaga.

Kelasakan dia memang hebat.....seperti yang dia selalu akui " Umar ni hebat!'...memang tak cukup ruang blog kalau nak cerita bab lasak dia...lasak dia tu boleh memberikan kecederaan kepada mama dia...tapi tak apalah, itu semua dah pun berlalu..indah untuk dikenang dan diceritakan semula.

Kini, Umar dah pun jadi kanak-kanak riang....namun manjanya masih bersisa..

Mama doakan Umar akan menjadi anak yang soleh, seorang adik yang boleh melindungi kakak dan adik...seorang anak yang boleh menjadi imam untuk ibu, kakak dan adik. Semoga hidup Umar dirahmati Allah dan diberkatiNya, dilindungiNya daripada sebarang perkara yang tak elok, seorang anak yang mudah menerima pelajaran bermanfaat, anak yang taat perintah Allah, anak yang sentiasa menghormati ibubapa, guru-guru, orang tua dan semua orang.


Dan....semoga kurang la sikap manja tu sebab tak lama lagi bila dah ada adik, Umar kena la jadi abang. Dah jadi abang mana boleh manja-manja lagi dah..

Comments

  1. happy birthday umar..pnjg umur murah rezki..jd ank yg soleh dan belajar pandai2 ye..

    ReplyDelete
  2. Happy birthday umar... semoga menjadi anak yang soleh ye.

    www.shakeezmom.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu