Pakej Bersalin di Pusrawi 2012

Sebenarnya saya masih survey sana sini untuk tempat bersalin nanti..ketika ke Pusrawi untuk follow up Umar dengan Doktor Ruzini , saya ada bertanya pada kaunter tentang pakej bersalin disitu. Kata staff kaunter tu, pakej bersalin telah dihentikan dan digantikan dengan rate yang baru. Secara asasnya untuk bersalin normal antara 3k++ hingga 6K++...dan untuk pembedahan , bermula 9K++ ke atas. Ini adalah untuk 3H 2M.

Memang terus batalkan niat untuk bersalin di situ. Hari ni blogwalking sana sini, terjumpa la blog INI, terus hati berbunga kembali...mungkin ada harapan untuk bersalin di sini tetapi keputusan belum muktamad. Walaupun suami cakap dia memberi kebebasan untuk saya memilih  tetapi seperti biasa, saya adalah seorang yang suka fikir sana sini kemudian berpatah balik kemudian terus semula.

Ada macam-macam pendapat tentang tempat bersalin, terpulang kepada individu...oleh kerana kali ni suami memberi tawaran untuk memilih tempat bersalin di dalam range harga yang saya sendiri tau kemampuannya , tidak la boleh tempat terlalu mahal, jadinya saya ada pilihan untuk bersalin samada di Hospital Selayang seperti sebelum ni atau pun private yang menawarkan bajet di dalam kemampuan suami. 

Pakej di bawah ni masih di dalam kemampuan suami dan saya akan fikirkan tentang harga yang dinyatakan di dalam pakej ini. Tetapi mesti diingatkan oleh saya sendiri, betapa penting untuk menyediakan extra bajet untuk kemungkinan yang tidak dijangka.

** terharu dengan tawaran suami itu...mungkin 2 pengalaman lalu membuatkan dia berfikir untuk memberi sedikit keselesaan kepada saya. Ditambah pula jarak masa untuk menunggu khabar gembira ( anak ke 3) adalah sangat lama. 



Comments

  1. to be frank kak aya.. saya ke-empat2 anak bersalin kat sana..but recently sevices dia not so good.. saya kena RM3100 tapi layanan makin merundum..huhu.. makanan pun dapat lambat..

    ReplyDelete
  2. @Chekgu Azrineoh ye ke service agak mengecewakan? kak aya ada survey2 jugak Al Islam Medical Centre, Kg Baru.. Ada kawan ckp ok jugak kat situ dan harga lebih rendah berbanding PUsrawi cuma di situ baby selalunya diberikan susu botol untuk permulaanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak..due bila? Nnt roger ye akak decide besalin kt pusrawi or.x? Hee

      Delete
  3. Assalamualaikum Kak Aya

    Alhamdulillah
    Syukur
    Tahniah

    moga dipermudahkan segala urusan dan memperolehi anak yg soleh

    ReplyDelete
  4. Pening jugak nk decide ni..moga akak dpt hospital yg terbaik & berpatutan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu