Review Novel Asam Pedas Untuk Dia|Nureen Mirza


Ini adalah novel pertama yang berjaya saya habiskan dengan baik semenjak saya mengandung ni....sebelum ni memang tak boleh langsung nak belek novel, nak termuntah terloya semua ada.

Bila saya tak update apa-apa tentang novel, UV blog ini memang ketara menurun dan tiada BE pun yang sangkut...

Oleh kerana blog ini turut memberikan saya sedikit hasil pendapatan walaupun taklah sehingga mampu membayar bil Unifi, saya tetap perlu komited untuk menulis tetapi semenjak 2 menjak ni memang menulis ikut mood dan perasaan je...orang kata menulis asal boleh je, takat ada entry untuk dipublish pun dah kira ok.

Novel ni saya baca semalam, di pejabat , waktu rehat 2 jam...bersambung semula selepas waktu kerja.

Kalau nak kata ada kelainan sangat tu tidaklah tetapi masih boleh dipuji kerana selepas beberapa bulan tidak membaca novel, saya rasa novel ni boleh menjadi 'pemanas' untuk saya kembali gilakan novel.

Mengisahkan Ainin Sofiya, seorang balu beranak satu, masih muda bergetah, kematian suami , terpaksa meneruskan kelangsungan hidup dengan menjual nasi lemak dan kuih muih. Oleh kerana pendapatan tidak dapat menampung kehidupan beliau bersama anak, mak dan seorang adik, beliau memohon kerja sebagai pembantu rumah di sebuah orang kaya yang terletak tidak jauh dari tempat tinggal Ainin.

Aaaa di rumah ni la cerita-cerita best bermula....ada hero dalam rumah tu..terjadi la perkahwinan rahsia, hero tu dah ada awek sebenarnya...jadi boleh agak kan jalan cerita dan pengakhirannya macam mana.

Kalau nak tau, apa kesudahannya boleh beli dan baca.

Tahniah untuk penulis ni, penulis baru kot sebab macam tak pernah dengar namanya sebelum ni atau saya yang ketinggalan..memang agak ketinggalan pun sekarang ni , dalam masa hampir 5 bulan tak membaca, ntah berapa novel yang saya terlepas di pasaran. Tak apalah, itu pun mungkin ada kebaikan untuk saya.

Selama Membaca!


Comments

  1. rine pun dh lama giler xbaca novel..byk giler novel yg blm khatam..bli pun dh lama..mood kelaut..huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu