Minggu ke 14 Kehamilanku - Check Up kali pertama

Hari ni mula ke klinik ibu mengandung untuk kali pertama pemeriksaan.

Hampir separuh hari di klinik ibu mengandung, lepas tu kena menunggu giliran untuk pemeriksaan gigi pula, dulu tak ada pulak pemeriksaan gigi ketika mengandung, tapi ok jugak la kan, ada jugak kebaikannya, dah le free, ikut saja la.

Berat = 75.2 kg (kena kontrol pemakanan , nasihat doktor tadi)

Bacaan BP = 120/80

H.B = 11.2

Dan tadi untuk kali pertamanya juga doktor scan keadaan baby, segalanya normal , tarikh jangka bersalin adalah 14/6/2013.

Begitulah serba ringkas kesimpulannya setelah hampir sehari berada di klinik tadi.

Baru je lepas makan, berdenyut-denyut kepala, lain kali kena bawa bekal dan kena bawa bahan bacaan sekali kerana masa menunggu giliran adalah sangat lama.




Comments

  1. Betul2.. kena ada bahan2 sampingan untuk menghilangkan kebosanan di kala menunggu tu...

    ReplyDelete
  2. Sekejap je dah 14 minggu kan aya...
    BP aya cantik arr

    ReplyDelete
  3. dah 14 minggu k aya ye. tahniah!!!
    biasalah kalau dah p klinik, mmg kena tunggu lama. padahal masuk utk checkup kejap je.
    saya dulu masa duk tunggu lama2 tu sempat gak khatam surah luqman 3-4 kali, baru masuk bilik.
    baca quran la boleh buat bp saya kurang sikit. sbb time2 pregnant ni la darah naik. hehehe... atas nasihat hubby saya baca je la quran tu. kang nak tunggu masa lain ada je la benda yg buat jadi tak terbuat.

    www.shakeezmom.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah k.aya
    teruja nak tgk future bb ni nnti
    smg dilindungi dan diberi kesihatan yang baik sepanjang
    kandungan hingga saat kelahiran itu nnti
    lpas ni kna diet tau..
    control on food intake ..ni berat yg sma dgn kandungan ke 2 sya dulu
    so far kenaikan setelah menjaga mkn berat naik 5kg je smpai bersalin..byakan mkanan seimbang..no more junk n fast food tau..
    buahan pn control jg..
    klu leh susu utk ibu mengandung jgn amalkan langsung
    perbanyakan pengambilan buahan sunnah (kurma,delima,madu..)
    k
    teruja nak share sebenarnya..hihihihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu