KFC & Taman Permainan Bandar Baru Selayang

Hari ni saya bercuti kerana tadika tutup sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor.Anak-anak ajak ke Taman Tasik Titiwangsa tetapi saya cadangkan ke Bandar Baru Selayang je, dekat, mudah parking dan mereka tidak tau yang saya tak berani nak drive ke Taman Tasik Titiwangsa!

Mula-mula tu singgah KFC dulu....order ayam goreng je dengan kopi panas. Lepas tu terus ke taman permainan.

Malas nak ambil gambar banyak-banyak...ntah apa kes la serba serbi malas..saya jalan-jalan sikit je lepas tu duduk sambil menunggu mereka ni bermain sampai puas...tapi nampaknya tak sempat puas, langit dah gelap semacam, kelam kabut balik...sampai rumah habis basah kain di jemuran.











Ini jelah aktiviti budak berdua tu hari ni selain tidur, makan, menonton TV, main games dan bergaduh.

Esok seperti biasa Nadhirah ada tuisyen di transit manakala Umar pulak enjoy dengan raka-rakan di tadika.Mama pula kena kerja hu hu malasss...

Comments

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu