Keputusan ujian darah selepas minum air gula|bacaan tinggi!

Tadi nurse dari Poliklinik Selayang Baru telefon..dia bagitau keputusan ujian darah yang telah dilakukan pada hari Jumaat lepas dah keluar..bila dia telefon tu secara automatik keputusannya adalah suatu perkara yang merunsingkan.

Katanya, bacaan saya adalah 7.82, sepatutnya paling maksima untuk bacaan normal adalah 7.5 saja. Agak mengejutkan saya kerana langsung tak sangka tinggi bacaannya.

Terus terkedu sekejap, tak tau nak cakap apa. Saya diminta melakukan ujian BSP ( blood sugar profile) pada 3/1 nanti, memandangkan saya akan bercuti pada 2/1, saya terpaksa meminta tarikh yang lain untuk ujian BSP tu.

Makanya, saya akan melakukan ujian BSP pada 10/1/2013. Sebenarnya saya sangat risau tetapi cuba-cuba untuk tidak merasa risau.

Terus on pc...update entry ni dan google pengalaman mereka yang menghadapi masalah ini. Hmmm dah dapat beberapa tips pemakanan untuk kawal kenaikan bacaan gula dalam darah ni.


p/s:Ada tak sapa-sapa nak share pengalaman mereka yang menghadapi masalah seperti saya ni?

Comments

  1. Take care sis..sis blh google byk info untuk kawal gula tuh...insyaAllah semoga dipermudahkan untuk sis...

    ReplyDelete
  2. salam k aya...

    sabar ye. akak gula, saya blood preassure... saya time2 pregnant darah je naik. dah malas nak cerita berapa kali dah duk bertapa kat klinik. dua2 pregnancy tu darah naik. masa tunggu kena check tu, saya mengaji.

    tapi kalau high sugar, tak tau lak nak buat mcm mana... :P

    take care kak...

    ReplyDelete
  3. sabar ye kak aya...saya ni yang tak minum air gula lagi ni pun risau..harapla semuanya pun ok jer.

    ReplyDelete
  4. Salam kak aya. Sabar ye.mungkin pemakanan kak aya beberapa hari sblm ujian tu Agak bergula. Kak aya perlu turunkan tahap gula kalau boleh beberapa hari sblm ujiab tu kot. Kadang kala pengambilan buah berlebihan pun blh buat gula dlm darah tinggi walau ia gula semulajadi. Air manis tu mmg la kena tolak jauh2. Jg diri ye kak aya. Muah muah rindu kakak

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu