Minggu ke 10 - Pemalas dan MC 2 hari
Terus terang saya cakap perasaan malas semakin teruk melanda diri saya, amat ketara bila hati ni seperti nak menangis bila tiba waktu untuk ke pejabat. Pernah memandu sambil menangis tersedu kerana tak nak ke pejabat. Terasa seperti nak berhenti kerja jam jam tu jugak.
Semalam dan hari ni adalah waktu untuk berehat di rumah kerana kesihatan agak terjejas sikit...sikit je tapi malas yang lebih, dah doktor bagi MC 2 hari , tak kan nak tolak , kan? Bukan senang untuk dapat MC 2 hari..Duduk je la berehat kat rumah. Tapi esok dah kena kerja semula hu hu tak sukanya...tapi duit , nak pulak...macam mana tu?
Selain malas nak pergi kerja,saya sangat malas nak ke dapur hatta nak masak secerek air pun seoalah-olah berat kaki dan tangan. Rasa seperti mengheret kaki ke dapur.
2 hari tak bekerja ni, saya memang beli makanan untuk sarapan dan makan tengah hari siap-siap...saya cuma makan sarapan, makan tengah hari dan malam memang tak ada selera. Senang kalau dah beli siap-siap, bila anak-anak nak makan, kita terus hidang je.
Malam-malam mesti sejuk menggigil-gigil, kata doktor akibat perubahan hormon, kekurangan air di dalam badan pun ye jugak...saya perasan saya sangat tidak sukakan air masak sejak mengandung ni.
Terjaga tengah malam dan terus terkebil-tebil hingga pagi tu dah perkara biasa... mood pun asyik tak menentu je tapi tak adalah nak marah-marah atau sentap-sentap sangat. Kalau boleh nak berehat dalam suasana yang damai dan tenang je.
Memandu pun satu perkara yang sangat membosankan sekarang..saya berharap semua ni sekadar datang sementara waktu , selepas berakhirnya trimester yang pertama, keadaan akan kembali seperti biasa.
Macam-macam kerenah perlu dilalui oleh ibu mengandung..tak semua orang berpeluang melalui detik indah ini.

salam.
ReplyDeleteteruknya keadaan kak aya. doa byk2 ia segera berlalu ye kak.moga cpt sht dan cergas. mkn cukup vitamin moga cergas kembali.
sematkan dlm diri kita hamil bukan kita sakit. insyaAllah diri akan cuba jd kuat kalau kita kuat.weeee hepi2 ye.jgn sedih2.akak boleh! akak boleh!muah
tahniah... nak dapat org baru.
ReplyDelete