Mama Hanis Zalikha

Ni cerita sebelum puasa hari tu...saya temankan sahabat ke Bukit Jelutong, Shah Alam...niatnya untuk membeli kolagen yang dijual oleh seorang blogger.

Rupanya blogger tersebut adalah ibu kepada blogger popular, Hanis Zalikha. 

Cantik rumah dia, tenang je nampak dari luar, masuk dalam lagi la nampak cantik...

Bukannya takat jual kolagen, tapi jual biskut raya sekali. Banyak tester di sediakan di atas meja, ambik dan rasa je..mana yang kena dengan selera, boleh terus order.


Baik tuan rumah melayan kami walaupun dia seorang blogger popular, anaknya laaagii popular ....semoga terus ramah dan rendah hati begitu sampai bila-bila.

Biskut raya dia sedapppp....harga RM28 untuk 50 biji tapi tiada penghantaran, kena ambik sendiri kat rumah dia.

Jangan ambikkkk! Akak belum bersedia.! 

Dia nampaknya jauh lebih muda berbanding saya...hmm kena  beli kolagen jugak nampaknya ni

Antara sebahagian biskut raya untuk dirasa.

Biskut raya lagi.....dah ada 2 botol tu adalah kolagen yang dijual tuan rumah.

Comments

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu