Hari Sukan Tadika Naluri Kreatif 2012 dan Pertandingan Taekwando

Sabtu lepas, bertempat di Taman Layang-Layang , Kepong , tempat yang agak biasa buat kami kerana tak jauh sangat dari rumah.

Tahun lepas ada ke patut dibuatnya hari sukan ni nun jauh di Putrajaya..kesannya kurang sambutan daripada ibu bapa. Namun begitu, saya dan keluarga tetap hadir, jauh namun tetap ada keistimewaan kerana dapat melawat muziu, di Putrajaya.

Hari Sukan kali ni nampaknya lebih meriah, mungkin tempat yang bersesuaian.Agak tak best bila tarikh hari sukan Umar bertembung dengan hari pertandingan taekwando Nadhirah.

Jadi, kami suami isteri terpaksa berpecah dua...sorang menemani Nadhirah dan sorang pastinya menemani Umar.

Kami sama-sama keluar dari rumah pada waktu yang sama. Abah dan Nadhirah menuju ke stadium di Jalan Hang Jebat, KL manakala saya keluar awal untuk menjemput makcik yang akan ikut sekali menjadi penonton acara sukan tadika Umar.

Kami sampai awal ..hanya ada guru tadika yang sedang menyiapkan susun atur kerusi meja...makanan dah ada. 

Sementara menunggu ketibaan para ibubapa dan anak-anak , kami dijemput makan. 

( Saya selalunya jarang teringat untuk mengambil gambar jadi tak ada lah gambar makanan , lagi pun segan sebenarnya kalaupun teringat)

Acara bermula sekitar jam 9 pagi, terlewat 30 minit daripada jadual asal.

Umar tak menang satu acara pun, dia ni lebih kepada nak berseronok je, berbanding dengan si kakak, kalau masuk apa-apa pertandingan, target nak menang aja walaupun tak menang. Mungkin itu perbezaan antara lelaki dan perempuan.


Umar masuk 3 acara - berlari dalam guni, berjalan dengan sebelah kaki terikat pada kaki kawan, pecahkan belon.

Hanya ni je gambar-gambar yang saya snap,selebihnya saya rakam video kerana bos kat rumah tak ikut jadi amat penting untuk membuat rakaman video untuk tontonan abah dan si kakak.

Sedang berkumpul di bawah khemah pelajar sebelum memulakan acara

Tersenyum meleret -leret

Ketua perbarisan untuk Rumah Biru


Semua pelajar dapat pingat, tak kira menang atau kalah, penghargaan atas keberanian mereka untuk bertanding

Menunjukkan pingat yang dimenangi kepada UCU

UCU buat-buat pandang pingat la pulak, malu la tu nak tengok kamera! Tengok Umar tu, senyum je depan kamera.

Tahniah Umar! Kalah Menang itu tak penting , yang penting adalah semangat kesukanan dan keseronokan bersama kawan-kawan dan guru-guru serta ibubapa yang hadir.


Manakala untuk Pertandingan Taekwando, Nadhirah mendapat tempat ke 3 dan membawa pulang pingat Gangsa serta mendapat talipinggang kuning 2. Tahniah juga untuk kakak, sangat merasa terharu melihat video Nadhirah dan lawannya di atas pentas. Tak sangka rasanya itu anak saya . Alhamdulillah, walaupun Nadhirah pastinya inginkan pingat emas tetapi mungkin tempoh dia menyertai taekwando baru je 6 bulan pastinya memerlukan lebih banyak latihan dan kemahiran untuk melayakkan beliau mendapat pingat emas.

*** gambar Nadhirah ketika pertandingan tak ada semuanya dalam bentuk video.

Ketika hari pertama menyertai Taekwando pada Jan lalu

Comments

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu