Review Novel Relevankah Aku Dihatimu a.k.a RADHA|Rnysa


Novel ni adik punya...dia beli di PWTC minggu lepas, sekarang kan masih lagi ada Pesta Buku.

Dah lama sebenarnya novel ni, tahun 2006 , novel yang di beli ni tak silap cetakan ke 3.

Novel ni best, mengingatkan saya kepada novelist Hlovate kerana pengisian novel ini dan novel-novel Hlovate hampir sama cuma gaya bahasa berlainan sikit.

Apa yang nak ditonjolkan hampir sama iaitu persahabatan antara lelaki dan perempuan, batas-batas pergaulan , amalan indah sebagai seorang muslim, terjemahan ayat-ayat Quran.

Saya senang sekali dengan novel sebegini, kita sebagai pembaca tidak digula-gulakan dengan cerita yang menghayalkan.

Sebagai seorang yang menginjak ke usia 40 tahun setahun lagi, saya rasa perlu lebih selektif kala memilih bahan bacaan...yang tangkap leleh, part-part yang tak sesuai dengan ajaran Islam sewajarnya saya ketepikan. Ianya tidak membantu proses pembentukan akhlak mulia malah menganjurkan pembaca menjadi seorang yang suka berangan-angan , ini mengikut pengalaman saya sendiri.

Ok berbalik kepada kisah di dalam novel ni adalah tema persahabatan...yang mana akhirnya bertukar menjadi cinta.

Nurul Akasyah ni berkawan rapat dengan Carl Duke Adam yang lebih senang dikenali sebagai KADUK..memang mereka berkawan tanpa melebihi batas persahabatan bermula daripada sekolah lagi.

Kaduk ni seorang anak kacukan, hensem, hebat berdebat , ketua pelajar. Beliau ni ada pilihan hati sendiri ,namanya Ain yang mempunyai kembar bernama Wawa. kaduk ni pernah suarakan hasrat hati beliau kepada Ain namun Ain lebih senang kalau mereka menumpukan perhatian kepada pelajaran terlebih dahulu.

Nurul Akasyah ni pula dalam diam menyimpan rasa suka kepada Ammar Iskandar seorang pelajar yang agak alim.

Mereka semua ni pelajar pintar, lepas SPM Kaduk dan Ammar terbang ke London, Akasyah pula terbang ke Jepun.

Hubungan persahabatan antara Kaduk dan Syah berjalan seperti biasa, saban bulan poskad bertukar ganti antara mereka.

Dipendekkan cerita, Aini berkahwin dengan pilihan hati beliau kala berkenalan di Dublin, ketika mereka sama-sama menuntut dulu.

Kaduk agak kecewa etapi sebenarnya Kaduk tidak perasan sebenarnya dia tu sudah lama ada keserasian dengan Akasyah.

Mak Kaduk mencadangkan agar Kaduk memilih Wawa sebagai pilihan hidup, iaitu adik kepada Aini.

Begitu begini.......suka duka, gelak tawa...diiringi dengan usrah sana sini...syak wasangka, bahagia....

kesudahannya......kena baca sendiri la.

Best, betul tak tipu punya walaupun ianya lebih banyak menceritakan kehidupan pelajar universiti tetapi tidak masih relevan untuk kita yang dah berusia ni membacanya.

Comments

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu