Bongkar Rahsia Sempena Hari Guru


Rutin kala memandu, on kan HotFM Am Krew. Topik HotChat hari ni adalah" Rahsia Yang Anda Sembunyikan Daripada Guru Ketika Sekolah Dulu". 

Saya tersenyum sendirian mendengar cerita-cerita mereka ni...ramai yang nakal rupanya ketika sekolah dulu tapi ramai yang dulunya nakal gila-gila tetapi sekarang ni dah berjawatan proffesional, kata orang nakal-nakal biasa seorang pelajar.



Teringat kala bersekolah di asrama dulu...ada satu rahsia yang hanya mereka yang tertentu saja yang tau mengenai perkara ni, nampaknya hari ni saya nak kongsikan di blog ini.

Di asrama saya dulu ada satu bilik khas yang diberi nama BILIK SAKIT ( macam kelakar pulak nama tu)

Kegunaan bilik tu adalah untuk pelajar yang tidak sihat,mereka boleh berehat disitu ,jadi kalau hari sekolah, mereka akan berehat la disitu .

Selain katil untuk pelajar kurang sihat berehat, ada sebuah peti ais kat dalam tu. 

Kalau dah ada peti ais, mestilah ada macam-macam minuman yang tumpang bertenggek kat dalam tu. 

Satu hari tu, entah apa kerja yang saya dah buat menyebabkan tekak ni rasa tersangatlah dahaga. Buka peti ais, ternampak satu tupperware penuh air Sirap Bandung. 

Saya dan seorang sahabat saling pandang memandang , hati saling berkata best  ni kalau dapat minum air Sirap Bandung. 

Tanpa pikir panjang, terus saya teguk beberapa teguk air Sirap Bandung tu dan blah dari situ. (biasalah perangai budak sekolah, kurang panjang akalnya)

Dalam pukul 10 malam kot, loceng di asrama berbunyi sebanyak 3 kali - itu menandakan ada meeting dengan warden ..bunyi loceng 3 kali tu sangatlah digeruni oleh kami semua. 

Semua berkumpul di dalam bilik rehat sambil berdiri. Masuk lah warden kami yang cengil itu sambil bercekak pinggang dan membawa rotan. 

Tertanya-tanya jugak la kami ni kenapa tiba-tiba ada meeting tergempar time malam-malam gini. 

" Saya nak sesiapa yang telah minum air Sirap Bandung saya sampai licin dalam peti ais tu, mengaku sekarang jugak!" tempiknya tiba-tiba. 

Saya dan sahabat tadi terus saling berpandangan dengan rasa gemuruh di hati. 

Sahabat saya memberi isyarat dengan mata yang bermaksud "jangan mengaku" , saya pula ketika itu memang sangatlah rasa takut .

Warden siap tunjuk tupperware kosong , ha ha kesian la warden ku itu...nampaknya selain saya, ada lagi sorang  atau lebih manusia yang tak berhati perut macam saya telah meminum air Sirap Bandung warden itu. 

Jerit Warden lagi " baik mengaku, kalau tidak semua kena berdiri kat sini sampai esok"! 

Masing-masing mula bersuara "mengaku la wei, mengaku la, dah pandai minum tu pandai la mengaku, kerana kau sorang, tak pasal-pasal orang tak berdosa turut dihukum" 

Saya dah mula nak angkat kaki sikit nak ke depan ( nak menyerah duri la kononnya) tapi sahabat tadi mencubit lengan saya. 

Jadi, saya tak jadi la nak mengaku, lagipun rasa takut yang teramat menguasai diri,ditambah dengan rotan di tangan warden yg asyik di libas-libasnya. 

Mak aiii rasa lemah lutut ni memandang wajah warden. 

Rasanya lebih sejam kot kami semua berdiri dalam bilik rehat tu. Kejang otot rasanya.

Last-last warden tu bersuara " okayyy tak nak mengaku tak apa, tapi saya sumpah sesiapa yang minum air saya tu tak berjaya dalam hidupnya" Bagai petir suara sumpahan tu!

Uwaaaa saya tak pasti la saya telah di makan sumpah atau tidak sekarang... 

kata sahabat saya, mesti ada orang lain yang minum air tu sampai habis! Jadi saya tidak keseorangan memakan sumpah ha ha.

Kepada Warden saya tu , Cikgu Wan Omay Kalthom, saya mintak maaf....saya minum Air Sirap Bandung cikgu satu masa dulu.... 

Kepada sahabat baik saya, Rohimi  binti Mat Zain - hari ni aku dah bongkar rahsia tu, Mi... 

Jangan la amalkan perbuatan yang telah saya lakukan itu ye! Tak berkat jadinya..


Kepada semua guru di Malaysia, saya ucapkan SELAMAT HARI GURU!

Comments

  1. mcm 2 kerenah pelajar kan...selamat hari guru jugakk...

    ReplyDelete
  2. hehe..lucu juga baca kisah Kak Aya ni :) zaman sekolah mmg seronok..kan?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu