Blog Aidid Mu'addib di buka semula

Saya tak pasti sejak bila blog  ini dibuka semula sejak ditutup dah sebulan dah kot.

Ramai yang suka dengan blog dia, ramai yang mengeji blog dia...saya senang ke sana untuk mencari maklumat tentang produk kesihatan kerana saya ni sejak obesiti tersangatlah suka nak mencuba macam-macam produk kesihatan yang kononnya dapat membantu menurunkan berat badan.

Bila ada blog alternatif seperti blog Aidi Mu'addib tu kita boleh menambahkan lagi pengetahuan tentang sesuatu produk. Tak adalah tergerak hati nak beli sesuatu produk tu main beli je,sekurangnya ada tempat lain untuk membuat rujukan, kadang-kadang dealer main cerita je tentang kebaikan walhalnya dia sendiri pun tak begitu arif.

Saya tak nafikan bahasa yang digunakan agak kasar dan kesat tetapi info yang disampaikan amat berguna.

Tak ramai yang berani membongkar segala 1001 cerita tentang MLM seperti mana yang Aidid Mu'addib bongkarkan.

Saya berharap blog ini kekal di buka kerana ianya memberi manfaat untuk memberi yang ingin mengetahui tentang produk kesihatan dan baik buruknya menyertai MLM.

Ada waktunya kita perlukan pandangan pihak-pihak lain dalam membuat keputusan sebelum betul-betul tekad untuk menyertai MLM.

Hari tu setiap hari saya ke blog Matjoe untuk membaca komen-komen tentang INI namun nampaknya segala komen yang banyak memberi panduan kepada mereka yang berniat untuk membeli Premium Beautiful, setelah membaca segala komen di situ dan masih berhasrat untuk membeli Premium Beautiful atau menyertai MLM dengan menjual Premium Beautiful , itu terpulang kepada individu tersebut, sekurangnya kita mendapat maklumat yang jelas sebelum membuat keputusan.

Sayangnya ke semua komen yang ada pada entry tersebut telah diremovekan . 

Sebenarnya , tak ramai orang berani bersuara untuk satu kebenaran.

Comments

  1. Saya setuju akak, kadang berterus terang itu pahit tapi tulah tak semua orang pun suka..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu