Nursery Bunga di Sungai Buloh

Ini cerita hari Rabu lepas ketika cuti Pertabalan YDP Agong .

Tak tau nak kemana, makcik mencadangkan agar kami ke Sungai Buloh...mana lagi tempat yang dituju kalau bukan ke tempat menjual pokok bunga ,pokok tak berbunga dan pasu pasuan.

Kami selalunya ke tempat yang ke dalam sana...ntah apa alamat tempat yang sebenarya tapi rasanya tempat yang semua orang tau...lalu depan Hospital Sungai Buloh dan terus masuk ke dalam tu.

Makcik saya banyak berhabis petang tu...beli pasu, beli beberapa jenis pokok...saya hanya membeli 4 pokok kaktus untuk Umar dan Nadhirah...

Gambar-gambar yang ada di bawah ni adalah di ambil oleh Umar hampir kesemuanya kecuali satu je yang diambil oleh saya iaitu gambar Umar dan Nadhirah...oleh kerana Umar yang ambil, saya kena masukkan semuanya dalam blog ( dia ada kat sebelah ketika saya taip entry ni, dia tentukan mana satu gambar yang perlu di letakkan, mana yang tak perlu..yang tak perlu adalah gambar Umar yang tak hensem, katanya).







Umar dan Nadhirah berkenan dengan pasu ni...


Beli salah satu untuk Umar dan Nadhirah


Salah satu pokok yang makcik beli hari tu...



Jenis kaktus jugak ni...

Keladi penyet namanya....

Keladi juga...
Pokok bunga kerinting..makcik beli juga yang ni..
Jurufoto petang itu.......Umar Faris

Comments

  1. Boleh minta alamt nursery ni sis? Lot berapa ye?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu