Mandi Manda di Ulu Yam

Ini lah tempatnya yang selalu kami anak beranak pergi untuk mandi manda...kami selalunya pilih tempat yang paling last, P4 kot kalau tak silap...kat sini mencabar sikit la nak turun ke tempat mandi kerana ada beberapa anak tangga yang curam dan ada jambatan gantung .

Sebab tu la tak berapa ramai sangat kat sini..namun begitu kami tetap menjadi antara yang terawal sampai di sana..biasanya jam 9 pagi kami keluar dari rumah...15 minit lepas tu sampai la di sana.

Ahad minggu lepas kami ke sana, bawa bekal kuey teow goreng dan roti sandwich tuna, teh panas dan air masak.

Sampai-sampai je terus makan, memang terlupa terus nak ambil gambar...lepas tu la ambik beberapa keping sebelum kami semua berendam sampai jam 1 petang..lama gila ....

Cadangnya nak pergi lagi dengan membawa barangan perkhemahan, tak tau la jadi atau tidak.













Comments

  1. Assalamualaikum Kak Aya

    waaa

    dekat betul tu...cuma 15 minit

    ReplyDelete
  2. dah lama tak mandi kat Ulu Yam...dulu masa duk Selangor, selalu juga mandi kat sini :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu