BERSIH 3.0 - Pengalaman Memasuki KL

Ok, sebenarnya petang tadi jam 6 petang ke KL untuk menjemput sepupu, tak lah sampai betul-betul dalam KL sana nun tapi berdekatan LRT Titiwangsa..mula tu cuak jugak la nak ke sana tapi memandangkan nak jumpa sepupu , gagahkan diri jugak la memandu dengan penuh suspens, bukan apa ,saya takut jalan sesak.

Rupanya, jalan dari Selayang ke sana memang clear je, mungkin semua orang tak berani nak keluar ke mana-mana siang tadi , takut terperangkap dengan kesesakan.

Ketika sampai di LRT Titiwangsa , sepupu dah menunggu, time tu bunyi ambulans dan siren polis kedengaran, meremang bulu roma , memang saya agak trauma dengan bunyian sebegitu selepas arwah ayah terlibat dengan kemalangan maut lebih 20 tahun yang lampau.

Jalan berdepan PERKIM ditutup, saya membuat pusingan U berhampiran bulatan Pahang untuk balik ke Selayang..polis ada dimana-mana...Umar memang excited kalau tengok polis sebab pada Umar, polis adalah manusia paling berkuasa di dunia, tapi Polis bukan cita-cita dia.

Perjalanan pulang ke Selayang memang lancar ...tak ada kesesakan lalulintas langsung dari Selayang ke KL dan KL ke Selayang pun clear je.

Sepupu saya tu memang datang sini untuk Bersih 3.0.....itu saya tak nak la tulis panjang lebar kat sini....namun saya sangat menghormati pendirian dia yang begitu istiqomah.

Dia bermalam kat sini malam ni sebelum pulang ke Terengganu esok...dah tidur pun tu , pedih mata kena gas belum hilang...penat melayan panggilan telefon yang tak henti berdering, penat bercerita pada kami yang kat rumah dan penat katanya membersihkan benda yang masih belum bersih tapi masih belum putus asa untuk terus bersihkan semua tu.

Saya pula penat membersihkan rumah hari ni, tak sangka pula sepupu nak datang tidur sini, jadi berbaloi la membersihkan rumah sepanjang siang tadi.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu