Novel Menunggu Kereta Api Norhayati Berahim

Baru je beli semalam novel ni, baru je baca, belum pun sampai separuh jalan...seperti kebiasaannya, penceritaan di dalam novel NB akan bermula sedari awal, maksudnya ketika watak-watak utamanya masih kecil.

Selalunya watak heroin selalunya sebagai watak utama..watak yang saya gemari kerana memberi ilmu yang bukannya sedikit kepada saya secara tidak langsungdi dalam mengharungi kehidupan seharian.

Setakat ini yang saya jumpa di dalam novel ini adalah mengenai 3 keluarga.

1.Keluarga Karina 
 ayah Karina meninggal ketika mendulang emas, kala Karina masih kecil,seorang ayah yang pandai membuat sangkar burung, pandai memasak dan cukup rapat dengan Karina serta tidak mempunyai pekerjaan yang tetap, mek iaitu ibu Karina seorang ibu yang kuat bekerja, mempunyai kedai runcit sendiri. Karina mempunyai seorang abang yang pemalas, Abe Ya.

2. Keluarga Ameen
ayah Ameen dikatakan telah lama meninggal, Ameen dan emaknya datang menyewa di sebuah rumah di kampung yang sama dengan Karina. Ameen sentiasa berusaha berlumba dengan Karina untuk mendapat tempat pertama di dalam kelas.

3. Keluarga Zarul
Keluarga ini adalah berketurunan Minang, mak Zarul yang mesra dipanggil bundo begitu mementingkan adat-adat orang Minang. Zarul mempunyai seorang abang iaitu , Zafrul.


Setakat yang saya baca, Zarul sedang menuntut di Munich, German, manakala abangnya pula sedang pening kepala kerana dipaksa oleh bundo agar berkahwin dengan wanita pilihan bundo, Indah sedangkan Zafrul sudah pun mempunyai teman wanita. Karina sedang belajar di sekolah berasrama di Kuala Lumpur. Ameen tidak lah saya pasti dimana setakat ini.

Apa yang pasti, Zarul akan bercinta dengan Karina..pada agakannya saya la...saya tak nak baca bahagian belakang , saja nak bagi suspens untuk diri sendiri he he.

Dah ada yang baca ke?

Comments

  1. belum baca lagi kak aya. hahaaa, baru masuk novel akak yg ke dua. hahaaa.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu