Nabil Sebagai DJ SuriaFM | Kuat Mencelah!

Saya hanya mendengar radio ketika di dalam perjalanan ke pejabat dan kala pulang ke rumah setiap hari. Setiap pagi sekitar 7.15 pagi hingga 8.30 pagi adalah waktu saya berdepan dengan kesesakan lalulintas dan ketika itu radio adalah terapi untuk stress ketika jalan sesak.

Saya sukakan suara deejay dan cara penyampaian serta lagu yang menarik dan kurang iklan  itu adalah perkara yang menentukan saya memilih stesen radio. Dulu saya sukakan SinarFm kerana ketika itu jarang dapat dengar lagu retro di stesen radio yang lain tetapi selepas munculnya gandingan Khril, Kak Engku dan Salleh Yaakob saya beralih arah kepada HotFM, gandingan FBI dan Fafau sangat menjadi,pada saya..kemudiannya gandingan menjadi 3 orang dengan memasukkan AG untuk slot HotFM AM Krew, saya rasa masih terbaik tetapi selepas Usop menyertai saya bertukar kepada SuriaFM. Gandingan Zizie dan Halim sangat terbaik pada saya. Bila digandingkan bertiga bersama Shira, suasana lebih ceria dengan celoteh Shira namun masih terkawal.

Tiba-tiba bermula minggu ni, gandingan di SuriaFM untuk slot pagi bertukar lagi...mungkin untuk bersaing dengan lain-lain stesen radio , dah jadi saya trend nampaknya sekarang dengan mengambil pelawak sebagai deejay, pada saya tak semua orang boleh jadi deejay, kalau nak mengharapkan populariti memang la boleh tetapi kualiti tetap penting dan perlu di ambil kira.

Dalam masa 3 hari ni ,saya memang menukar-nukar stesen radio namun kembali semula pada SuriaFm, salah satu sebab situ kurang iklan sikit, lagu 90an best di dengar namun dek kerana gandingan pada saya yang tak begitu sesuai, membuatkan saya jemu mendengarnya.

Pada pandangan saya, dalam masa 3 hari Nabil menjadi DJ SuriaFM, saya rasa seolah-olah Nabil yang menguasai perbualan setiap hari...maafkan saya ye wahai peminat fanatik Nabil!

Ketika caller sedang bercakap pun dia nak mencelah, ketika Kenchana atau Halim sedang bercakap pun dia nak memotong..ishh ini bukan gelanggang lawak ni.

Saya memang minat Nabil sejak mula-mula dia masuk Raja Lawak lagi..sebab tu saya rasa tak salah kalau saya memberi sedikit teguran untuk Nabil ( saya tak rasa ramai pun yang baca entry ni sebab blog ni hanya blog picisan tapi tak apa, sekurangnya dapat melepaskan rasa terbuku).

Saya rasa untuk menjadi seorang deejay, perlu la mengambil tahu etika yang sepatutnya sebagai seorang deejay walaupun awak adalah seorang pelawak terkenal. Melawak hanya kala dan ketika yang perlu. Jangan sembarangan buat lawak kerana yang mendengar radio bukanlah semuanya meminati lawak. kadang-kadang perkara serius pun  boleh jadi bahan lawak pada Nabil, lama kelamaan pada saya benda tu jadi macam lawak bodoh pulak.

Ada masanya kedengaran bingit di dalam konti kerana mereka saling bercakap, kadang-kadang kelam kabut kerana ada yang masih belum tau apa yang perlu dicakapkan terutama ketika membaca untuk slot iklan.

Saya harap selepas ni Nabil dapat menyesuaikan diri sebagai seorang deejay. Begitu juga untuk Kenchana Dewi yang pada saya beliau boleh di asah bakat menjadi deejay (Kenchana mengingatkan saya kepada deejay Radio KL suatu masa dulu, Prema) ,semoga mereka berjaya di dalam kerjaya yang baru ini.

Sekadar pendapat peribadi saya.

Comments

  1. ye akak setuju
    akak pula rasa "terganggu" dengan Johan rajalawak di radio era....terganggu dgn ketawanya yg over

    ReplyDelete
  2. Mungkin diaorang nak amik masa untuk adapt tu..Bagi peluang dulu ok kak..

    ReplyDelete
  3. erm..tak tahu nak komen apa sebab jarang buka radio :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu