PUDING KARAMEL

Hari ni mencuba lagi untuk kali kedua,balik kerja, letak handbag terus menonong ke dapur....ala puding yang mana orang lain dah boleh masak dengan mata terpejam..kita baru nak cuba.Sebenarnya kali pertama minggu lepas kurang menjadi sikit sebab terlebih letak tepung jagung sikit, terlebih sikit je ...makcik cakap dah sedap tapi kawan cakap kureng sikit, jadi cuba lagi hari ni, nampaknya macam dah cukup menjadi he he biasalah masuk lif kena tekan butang sendiri kan?

Tapi sayangnya PC saya masih lagi tak dapat lagi menerima pindahan gambar dari hp atau kamera...sob sob tak dapat la nak syok syok sendiri tayang gambar...jadi saya cedok gambar dari Myresipi.com . ( resipi di myresipi.com tak guna tepung punn..hmmmm)


Ni bahan dan cara membuatnya , tak tau la sama tak dengan resipi orang lain .
Bahan A

5 biji telur
2 sudu makan tepung jagung atau tepung kastard pun boleh
1 cawan air 
2 sudu makan gula
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanilla

Bahan B
5 sudu makan gula
2 sudu air


Caranya:

1.Masukkan 5 susu makan gula dalam loyang dengan 2 sudu air, masak sampai perang. Ketepikan.

2. Pukul 5 biji telur sampai kembang.

3. Dalam bekas berasingan, campurkan tepung jagung atau tepung kastard, susu cair, air , gula dan esen vanilla, kaca sebati. Lepas tu boleh la tuang ke semuanya ke dalam bekas yang mengandungi telur yang dipukul tadi, kacau lagi hingga sebati.

3. Bila dah sebati, boleh la tuang kesemua bahan tersebut dalam loyang yang mengandungi gula yang telah dihanguskan tadi.

4. Kukus lebih kurang 40-45 minit.

*** BOLEH SIMPAN DALAM PETI AIS ATAU TERUS DI MAKAN SELEPAS DI KUKUS.

Comments

  1. akak punya gambar di hp pong dok leh nok pindok ke laptop...dok tau bakpe

    sedapnya puding gula hangus tu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu