Siang asyik main, malam asyik mengigau

Begitulah ragam Umar,4 hari berdua-duaan dengan dia, fuhhhh memang betul-betul menguji kesabaran.

Siang memang tak ada erti tidur walaupun sepicing. Bermain berterusan, TV terpasang tanpa henti, pastinya Astro Ceria memanjang sampai ke petang.

Kelakarnya saya pun turut meminati cerita kartun Detektif Conan hi hi, 4 hari asyik ulang tayang cerita kartun yang sama je, akhirnya ada jugak satu yang terlekat di minda. Main je cerita Detektif Conan, Umar mesti melaung "mama, Detektif Conan dah start ni"

Dia bukannya fokus pada TV sangat tapi tetap tak nak off TV tu..dia main sorang-sorang, dia jadi Ultraman, lawan dengan raksasa, habis terbang kusyen , bantal melayang-layang. Macam-macam aksi pertarungan yang ditunjukkan, macam ada pihak lawan je...kita yang tengok terasa penat. Kejap jadi Ben10, kejap jadi power rangers..

Tadi jam 9 malam, dia minta urut-urutkan badan...penat, katanya...hmmm bukan main ye, siap mintak urut lagi.

Baru je urut tak sampai 5 minit, tengok dah terlena..ni ketika entry di taip, dah 2 kali dia mengigau menangis-nangis, menendang-nendang...

Begitulah lasaknya anak lelaki saya, anak perempuan agak cool sikit la, tak ada main ganas-ganas macam tu, paling teruk pun Nadhirah kuat berlakon je, memanjang berlakon, bercakap sorang-sorang.

Macam-macam peel anak-anak kita ni, kan? Bila dah dewasa, ragam dewasa pulak yang ditonjolkan..kata seorang kawan, baik la mereka buat perangai masa kecik daripada buat perangai bila dewasa, tak lena tidur malam mak bapak bila anak dah start buat perangai dewasa.

Apa pun itu semua pengalaman hidup yang amat bermakna dan manis untuk dikenang .

Comments

  1. Karenah anak2 menjadi pnghibur utama...
    Saya pun suka DC....asalnya pun sama..kerana anak2 minat..jadi maknya pun..lentok sama depan tv...

    ReplyDelete
  2. sis..sayasuka sangat tgk detective conan.. bkn citer budak2 sangat.. org tua pun sesuai tgk,.. hahaha.. penyiasatan kan..so kdg2 buat kita berfikir..

    ReplyDelete
  3. @MulutPayau
    betul tu MP, kalau tak ada depa, memang sunyi sepi la hidup ini..DC tu agak menarik kisahnya, kan?

    ReplyDelete
  4. anak perempuan mmg suka berlakon dan ckp sorang2..nnt bila dah besar dah tak de mcm tu lagi..

    anak2 ni mmg menghiburkan...

    ReplyDelete
  5. @Chekgu Azrine
    betul tu chekgu, kisahnya memang mengajak kita turut berfikir untuk menyelesaikan masalah jenayah...

    ReplyDelete
  6. @ainnoraini
    itu la kan, anak perempuan ni memang suka agaknya tiru pelakon yang tergedik-gedik..Nadhirah suka tiru watak Fazura dalam filem Pisau Cukur

    ReplyDelete
  7. betul tu kakaya, mcm2 ragam dorang nie.. geram je tgk tp mereka tetap menghibur ati, tiada mereka dpn mata rasa rindu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu