Halang ibu atau bapa kawin semula selepas mereka kembali solo?

Tajuk di atas lahir sebagai tajuk entry selepas membaca Majalah Midi Oktober 2011 mengenai isu yang sama.

Teringat pengalaman saya dulu ...ketika arwah ayah meninggal dulu, mak saya masih muda, iaitu 39 tahun, setahun lebih tua daripada usia saya sekarang.


Secara ringkasnya, saya memang selalu jadi batu penghalang setiap kali mak saya berhasrat untuk menerima lamaran daripada lelaki kerana banyak sebab ..antaranya :


1, saya tak boleh terima orang lain ganti tempat arwah ayah saya.

2. saya risau kalau ayah tiri tu jahat, hanya nak ambil kesempatan kerana ketika itu mak saya mendapat duit insurans nyawa dan epf arwah ayah saya
3. risau kalau mak tak sayangkan kami lagi
4. risau kalau dapat adik lagi, saya tak nak susahkan diri saya jaga adik yang bukan adik saya ( teruk kan?)

Sudahnya, sampai sekarang mak saya kekal solo.


Sekarang bila difikirkan semula, memang tak patut saya ni berbuat demikian pada masa dulu..tapi saya puas hati kerana dari segi kewangan saya berhempas pulas membantu hingga adik-adik semua tamat SPM seperti orang lain juga. Saya sanggup mengenepikan kehendak sendiri untuk melanjutkan pelajaran lebih tinggi demi memberi laluan kepada adik-adik belajar dengan sempurna.


Saya tidak dapat mengisi kekosongan dan kesunyian hati mak saya..itu saya akui ...andainya satu masa nanti mak bertemu jodoh lagi, mana tau kan sebab jodoh itu urusan Allah , kami adik beradik pasti memberi sepenuh kebebasan kepada mak...( mak pernah cakap, tak ada maknanya nak kawin lagi tua-tua begini, bagi la anak-anak je yang kawin beranak pinak )


Ada tak kawan-kawan yang berperangai macam saya ni? 



Comments

  1. ader lagi..saya lah...tapi mak saya dah pon selamat kahwin 3 bulan sudah...itu pon lepas dia dah sain borang baru gtau saya...hrmmm...nampak cam bahagia la...tapi susah nye kami kena balik2 rumah..dok kat umah mak yg lama dan makan2 kat umah mak yg baru

    ReplyDelete
  2. Masa tu tak fikir lain, hanya fikir kasih sayang jer kan?

    Bila dah dewasa dan matang, rasa kesal pula ya.

    ReplyDelete
  3. ramai yg mcm tu kot kak aya...tp klu ayah biasanya mereka suh kawen klu ayah dah tua sbb mls nak jaga ayah yg sakit atau mkn minum ayah.klu mak..jgn harap mereka bg kawen

    ReplyDelete
  4. Iyelah..serba salah jugak tu. Tak bagi sbb susah nak terima bapa baru, kena bagi sbb kesian sunyi tanpa suami.

    Mak saya dah 60+, ada org berkenan..nasib baik mak tak mau! Sbb saya pun tak rela..^_^

    ReplyDelete
  5. tak saya benarkan mak saya kawin lagi , tu pun setelah 14 tahun mak menjanda , baru kawin ..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Kak Aya

    Allahukbar
    Subhanallah

    Wassalam

    ReplyDelete
  7. terima kasih perkongsian menarik ini...macam-macam pengalaman tentang ibu kita. seronok membaca komen-komen di atas ni.

    ReplyDelete
  8. biarlah ulasan ini sudah terlambat sekalipun.

    saya sendiri tak boleh terima . lebih-lebih lagi watak itu adalah sepupu belah arwah ayah yang hampir sama baya umurnya dengan mak.

    apapun, saya tetap tak terima. saya dah nangis beberapa hari sejak tau perkara ini.

    bagi saya, ibu saya dah bersusah payah membesarkan kami adik beradik sejak 19 tahun lalu. mmg dia ada hak mencari peneman hidup. cuma bukan dgn watak yg tiada pekerjaan dan bukan yg boleh bawa mak ke mekah seperti yg dia inginkan.

    apapun, saya harap, dan berdoa kepada allah, biarlah kami yg menjaga ibu kami.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu