Bila perlu minum air?

Saja je nak tanya semua yang datang baca entry ni..bila waktu sesuai untuk minum air? berapa banyak anda minum air setiap hari?


Adakah setiap sejam? Selang 3-4 jam sekali?


Sekali minum tu berapa banyak pulak?


Saya minum banyak air kosong hanya ketika di pejabat saja..balik rumah lupa air...hari cuti tak begitu teringatkan air. Kalau di pejabat boleh minum hingga 3L untuk 8 jam di pejabat. Tapi kalau di rumah, entah berapa banyak je saya minum.


Macam mana jadikan minum air kosong sebagai satu rutin yang kekal sepanjang masa?


Saya ada baca salah satu artikel mengatakan kalau minum terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air atau pun stiuasi elektroli tidak seimbang.


*** saya tak sempat nak blogwalking sejak semalam..insyaallah malam ni saya balas jejak kawan-kawan yang meninggalkan komen pada entry semalam. sehari dua ni asyik tidur hingga pagi je.

Comments

  1. salam kak aya..saya ni susah sket nk minum air.sbb tu lah susah kurus kot.huhu.asiklupa je.akak byk la tu minum air.saya ni 4-5 gelas pun ntah ada ke tak

    ReplyDelete
  2. saya biasanya memang minum >< 3liter air sehari. Tak tentu minum waktu bila, asal rasa dahaga memang minum. Sekali minum tu pula memang banyak lah...hehe.

    ReplyDelete
  3. aku minum 2-3L gak kalau kat opis...tp kat umh pun minum gak..pasal air tak yah masak tekan kat tong biru tu je...

    ReplyDelete
  4. sy minum tak kira masa,bila dahaga minumlah..sy mmg jenis jarang minum air manis,jad asyik melantak air jarang jer la..:)

    ReplyDelete
  5. Minum di ofis mungkin kerana kita kena aircond jadi kita terasa kering.

    Kat rumah terasa nyaman, jadi kurang dahaga. Tapi mana leh sehari tak minum air, dehydrated nanti.

    ReplyDelete
  6. kesimpulannya semua minum banyak air terutama di pejabat nampaknya.

    ReplyDelete
  7. saya kan tiap kali pi klinik tak habis2 doktor komplen kata saya kurang minum air..
    tak tahu banyak mana lagi nak sumbat..
    tak tahan minum air banyak asik nak kencing la pulak..
    hheehh

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu