Review Novel Takdir Fitrah Terindah


Baru je khatam novel ni, hmm asyik khatam novel je ye! Bilanya nak khatam Quran pulak tu ? Ramadhan hari tu tak sempat khatam pun, ingat-ingat la akhirat sama..( pesanan untuk diri sendiri, orang lain yang membaca entry ni mesti semua bagus-bagus berbanding saya)

Novel ni best, saya bagi  4/5 sebab saya sukakan watak heronya, Aiham...gediksss

Ala cerita mula-mula tu tak la best sangat tapi, mengisahkan :
1. Fitrah - anak terbuang, di pungut oleh seorang lelaki dan kemudian membesarkan beliau bersama ibu lelaki tersebut. Keluarga lelaki tersebut tidak sukakan si Fitrah ni.

2. Aiham - lelaki yang akhirnya berkahwin tanpa cinta dengan Fitrah, kahwin kerana kehendak si ibu. 

3. Fitrah baru putus cinta dengan Imran, Aiham sedang bercinta dengan Rose Alia.

4. Kawin tanpa rasa cinta akhirnya membuatkan mereka membuat keputusan untuk bercerai.

Hmm cerita lepas bercerai kemudian jumpa balik selepas beberapa lama terpisah memang banyak yang manis, sedih, malu-malu dan macam-macam rasa lagi.

Kalau nak turut merasakan semua tu, sila la beli di kedai berhampiran dengan tempat anda. Harga Rm25.90



Comments

  1. Menarik jugak citer tu...kena prgi cari ni..saya jugak 'hantu' novel...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Kak Aya

    Insyaallah
    akan katam Al Quran jua nanti

    Wassalam

    ReplyDelete
  3. kak aya.. rine suka gak baca novel.. ada bnyk dalam lemari tak khatam2 lagi.. beli banyak2 masa pesta buku pwtc.. hehehe

    ReplyDelete
  4. thanks for reading TFT.. Salam kenal yer..

    ReplyDelete
  5. Thanks for reading TFT.. Appreciate so much for ur review.. Salam kenal yer..

    ReplyDelete
  6. MP - memang best, saya suka sangat cerita ni, dah ulang 2 kali baca.


    Atuk - insyaallah, dimana ada kemahuan pasti ada jalan.

    Rine - saya dgn k.aya, time pesta buku beli lebih sikit, simpan dulu, ada masa baru baca.



    Hanis Azla - t.kasih sudi dtg blog kak aya ni..awak memang kreatif la, hinggakan kak aya sukar lupakan Aiham he he

    ReplyDelete
  7. kak aya nangis tak? huaaa... aiham sombong ahhh.. dlm hati nak!

    ReplyDelete
  8. liza- ada part2 yang kak aya rasa sebak tapi tak ada lah menangis...betul la aiham tu, sakit je rasa hati ni....tapi part kat kenduri kawin sepupu aiham tu best sgt...part kat balkoni pun best.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu