Tidak WAJIB BACA

Eh kejap je kan dah pun petang Ahad..esok kerja isk isk....pejam celik pejam celik habis seminggu..lagi 2 minggu Ramadhan akan muncul...tak sabar nak tunggu Ramadhan.


Hari ni bermula seawal 5.30 pagi..siapkan bihun goreng untuk suami, maklumlah saya dan anak-anak nak keluar, biasalah pagi minggu kami join aerobic rakyat di perkarangan MPS.


Seronok aerobic hari ni, mungkin mood ok kot. Lepas aerobic terus tambahkan kalori dalam badan. Kali ni kami memilih restoran yang menjadi pilihan Jalan-jalan Cari Makan iaitu Restoran Wau Bulan di Bandar Baru Selayang, terletak berdepan dengan KFC.


Banyak pilihan makanan selera timur di situ..kami sepakat memilik Laksam. Tak rugi la mencuba sebab rasanya pun boleh tahan.


Balik dari situ kami lepak kejap di rumah makcik, sesi bercerita sememangnya tak pernah habis..kami berdua memang pantang berjumpa, tapi kalau tak jumpa pun sama jugak, handphone jadi penghubung..cerita benda yang sama je, tentang kehidupan kami.


Tengah hari masak lemak ketam, goreng sayur sawi dan goreng ikan selayang..siapppp.


Kejap lagi nak round2, habiskan minyak kereta he he..budak-budak tu kalau tak kemana mulalah buat perangai, ketika entri ni ditaip mereka berdua sedang mandi manda kat belakang rumah, saya bagi masa 15 minit untuk mereka mandi, nampaknya dah lebih 15 minit ni.



Itulah cerita yang memang sungguh membosankan untuk dibaca. Sebab tu dah tulis tajuk "tidak WAJIB DIBACA'....kalau dah terbaca tu, nasib la ye..



Comments

  1. sedapnya laksammm
    ok apa n3 ni

    ReplyDelete
  2. k.aya tulis tak WAJIB baca pun, saya akan meWAJIBkan diri saya untuk baca hehe. Hari2 saya ziarah sini kalaupun takde entri baru....

    ReplyDelete
  3. kak kasih - memang best kan kalau makan laksam waktu pagi, kena pulak dengan teh o panas..hmmm


    princess solehah - sama la dgn k.aya, mesti ke rumah princess walaupun ada hari tak tinggalkan komen.

    ReplyDelete
  4. rajinnya join aerobic...satu keluarga lagi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu