Pening berpusing

Saya rasa minggu ni adalah minggu paling memenatkan. Bukanlah nak mengeluh atau apa, sekadar nak share perasaan ni pada siapa yang membaca atau paling tidak pun meluahkan pada skrin bisu ini.


Pagi-pagi ke Klinik Ansar bersama Nadhirah untuk ambil nebulizer. Lepas tu drive ke pejabat,siapkan kerja hingga tamat waktu kerja. Balik rumah tapau makanan , laju-laju bersiap untuk ke Klinik Ansar semula untuk ambil nebulizer sekali lagi.


Badan rasa penat walaupun memandu untuk ke klinik tidak lah sejauh mana, dalam 15 minit dah sampai . Kadang-kadang kerisauan seorang ibu terhadap anak turut membuatkan badan dan minda terasa letih.


Masa untuk tidur yang berkualiti agak kurang minggu ni, kerap terjaga untuk tengokkan Nadhirah, mana tau sedang mama lena tidur, anak pula sedang semput..memang tidur-tidur jaga jadinya.


Sejak pulang dari kerja semalam, memang kepala ni terasa berat sekali, mengantuk pun ye jugak.. malam tadi saya boleh terlelap ketika menunggu waktu giliran untuk berjumpa doktor, aduhhh betul-betul tak tertahan mata ni.


Pagi ni terjaga dari tudur terasa tekak begitu perit sekali, mungkin kurang air beberapa hari ni.


Malam nanti perlu sekali lagi ke klinik untuk ambil nebulizer sebelum pulang ke Terengganu.

Harap-harap, lelah dia tak berpanjangan bila di Terengganu, susah la kalau orang tengah kenduri, kita pula sibuk mencari gas untuk pecahkan kahak, silap-silap orang bagi tong gas pulak!Ahakss


**p/s: time berada di kampung, memang susah nak update blog, kalau sunyi je laman blog menandakan tuan blog dah berada di kampung, update kembali seperti biasa selepas pulang dari kampung.

Comments

  1. selamatlah bercuti dikampung..dah balik nanti jemputlah tgk gambar sanding tomok yang terbaru

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu