Nasi beriani..mengujakan!

Teruja dengan nasi beriani? hmm pantang dengar makanan ye, terus teruja !


Sebenarnya tengah hari ni Madam kat ofis tu nak belanja semua staff jabatan saya makan nasi beriani, tapau dari restoran.


Yang jadi teruja adalah madam tu bukannya selalu nak belanja khas untuk saya dan seorang lagi sahabat dan hari ni beliau belanja dengan niat sempena menyambut kedatangan Ramadhan. . Kami berdua je Muslim di dalam jabatan saya yang seramai 20 orang tu.


Madam selalu belanja makan kat luar tapi kami berdua jarang mengikuti kerana mereka selalunya mengambil masa untuk memilih tempat yang halal,jadi daripada menyusahkan mereka daripada terkial-kial baiklah kami duduk diam-diam kat ofis, tapau je sendiri dari foodcourt.


Semalam terdengar madam bercakap dengan salah seorang staff atasan jabatan saya, dia nak jadikan acara belanja sebelum Ramadhan ni satu rutin tahunan.Plan asal beliau nak belanja nasi lemak, tak tau kenapa tiba-tiba bertukar jadi nasi beriani pulak Hmmm boleh la , nasi lemak atau nasi beriani , sama je yang penting keikhlasan beliau nak belanja kami. Dan itu daripada tempat halal!


Madam memang macam tu, dia tak pernah nak sampaikan terus niat hati dia kepada kami, mesti melalui bos-bos bawahan beliau. Mungkin itu cara beliau ,tapi ianya seolah membina jurang antara beliau dan staff paling bawah. Kalau antara beliau dan staf-staff atasan memang nampak seiring je.Biasalah kann...


Termakasih ye bos belanja saya hari ni! 

Comments

  1. sedapnya nasi beriani....
    baik boss akak... kiraorg nya boss kedekut..hehehe..nasi lemak pun xpenah belanja...

    ReplyDelete
  2. nasi beriyani? wah! feberet saya kak oii..

    ReplyDelete
  3. madam itu seorang china kah?

    ReplyDelete
  4. zura - ye, boleh dikatakan baik la jugak.

    farah & princess solehah - sedap, memang sedap!

    kak kasih - yesss....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu