Hari Bapa

Seperti mana Hari Ibu, saya juga tak pernah meraikan Hari Bapa. Apatah lagi ayah saya meninggal kala saya masih di bangku sekolah dan adik-adik masih lagi hingusan.

Setiap hari selepas pemergian arwah, hanya doa yang saya panjatkan agar dicucuri rahmat ke atas roh arwah .

Masih terkenang, ketika saya tinggal di asrama suatu waktu dulu, arwah kerap datang melawat saya. Status sebagai anak pertama membuatkan kita lebih disayangi ( he he saja je perasan).

Saya tau arwah amat menyayangi anak-anak yang seramai 6 orang ni, arwah sangat mengambil berat tentang pelajaran anak-anak Cuma sayangnya arwah pergi terlalu cepat bagi kami . Arwah ketika hayat melakukan pelbagai pekerjaan , antaranya buruh pelantar minyak di Kerteh, penjual ikan dengan motor Honda Cup TD 5048 beliau dan terakhir sekali sebagi kelindan lori.

Kami tau betapa arwah menyayangi kami bila mana selepas hayatnya, ketika tuntuan EPF dibuat, amat mengejutkan bila nama anak-anak ( ketika itu diletakkan penama hanya 2 orang anak iaitu nama saya dan adik lelaki saya, Adi). Mak agak terkejut kerana tiada langsung nama beliau diletakkan sebagai penama.  Walauabgaimanapun semua duit tu kami serahkan pada mak tetapi kami dapat rasa kasih sayang arwah terhadap kami tersangatlah besar.

Dulu arwah selalu menyatakan keinginan beliau untuk melihat saya belajar hingga ke Universiti tetapi sayangnya kerana situasi ketika itu , saya menolak tawaran ke UiTM. Mungkin bukan rezeki saya untuk melangkah lebih jauh di alam pendidikan.

Ada waktunya saya merasa sungguh kagum dengan arwah kerana arwah berfikir ke depan dengan menyediakan perlindungan insurans nyawa sebagai persediaan selepas pemergian beliau.

Bayangkanlah seorang lelaki yang tidak berpendidikan tinggi ( tak silap takat darjah 3 je), kerja pun biasa-biasa je tetapi mempunyai kesedaran tentang pentingnya perlindungan insurans yang mana pada tahun 1980-an, kesedaran itu amat kurang dikalangan orang-orang biasa macam arwah.

Berbekalkan duit tuntutan insurans dan epf serta sokongan padu daripada arwah tok ayah dan arwah tok, makcik dan ahli keluarga yang lain , kami semua membesar sempurna sehingga sekarang.

Terlalu beronak duri perjalanan selepas pemergian arwah semenjak 22 tahun yang lampau.Perjalanan panjang itu lah yang mematangkan saya dan menjadi bekalan kepada saya mengharungi kehidupan berkeluarga.

Akhir kalam, AlFatihah untuk arwah Yusof bin Kassim.Semoga rohnya dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beramal soleh. Ameen.

Comments

  1. Assalamualaikum Kak Aya

    Al Fatihah

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. yup....bapa saya juga meninggal pada 17 tahun yang lepas. ketika itu masih naif & tak tahu apa itu hari bapa. maka saya dah terlepas peluang untuk membalas jasa2 arwah abah. cuma doa sahaja yang menjadi pengiring di kala setiap kali lepas solat

    ReplyDelete
  3. selamat hari bapa buat semua bapa...salam kenal dari aitey yer kakaya...atiey ahli ksrs

    ReplyDelete
  4. Amin! Al Fatihah juga buat arwah bapa saya yg telah lama pergi .... Sedey!

    ReplyDelete
  5. Al Fatihah untuk yang telah pergi.

    Untuk bapa kita yang masih lagi ada, berbakti la kepada mereka selagi mereka masih ada..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu