Bisik Bisik Gelora - Fauziah Ashari



Salah satu daripada 3 novel di atas ni adalah novel Bisik Bisik Gelora tulisan Fauziah Ashari.
Ceritanya lain daripada yang lain dan agak mendebarkan saya kerana suami Ummi , si Jad tu boleh tahan baran orangnya...sakit dalam dada la kiranya nak menghabiskan novel ni tapi saya puas hati.


NI sinopsis yang saya cedok daripada kulit novel tersebut:


Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota.

Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan.

Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku.

Takdir ALLAH, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan 

Disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?

Comments

  1. dah lama xbaca novel..rindunya..

    ReplyDelete
  2. rajin baca novel .. bee tak baca novel langsung dah skrg ni

    ReplyDelete
  3. puan bee - kak aya ni baca bila free je.

    ReplyDelete
  4. hamizah - sesekali layan novel boleh hilangkan tension.

    ReplyDelete
  5. sinopsis mcm best jer... nvl cucur bwg & kopi o pun x abes lg. bc kat opis. kat rumah anak2 x bagi bc. jeles.

    ReplyDelete
  6. x amis baca lg dah kena rampas dgn cikgu kat sekolah......sedihnya....:(

    ReplyDelete
  7. alamak klu novel sy elergik le. ..
    xble pandang buku yg tebal2 nih adehhh

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu