8 Tip hindari sakit lutut

Saya memang kerap sakit lutut sejak bergelar obes terutama bila menaiki dan menuruni tangga, memang terbaiiik sakitnya..


Jadi untuk saya dan pembaca juga, apa kata kita cuba tips dibawah ini:


1. Sekiranya kerja yang dilakukan memerlukan kita banyak berdiri, elakkan daripada berdiri tegak sepanjang masa. Bengkokkan lutut berselang seli antara kedua-dua kaki supaya bebanan berat badan dapat diseimbangkan antara kedua-dua kaki.


2. Pastikan lutut dan kaki dalam keadaan selesa setiap kali duduk.


3.Sekiranya lutut kita sakit, cuba letakkan bantal di bawah pelipat kaki apabila tidur terlentang supaya tidak berlaku ketegangan pada otot lutut ketika tidur.


4. Jangan mencangkung atau bertinggung ketika melakukan kerja.


5. Elakkan daripada duduk pada posisi yang sama lebih daripada 30 minit.


6.Sekiranya lutut sakit, jangan terlalu banyak berjalan jauh, ia akan memburukkan lagi keadaan.


7. Hentikan sebarang senaman atau aktiviti yang dilakukan sekiranya terasa lutut sakit.


8. Tuam dengan air batu atau air panas bagi mengurangkan rasa sakit. Air batu berkesan untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak, manakala air panas boleh mengurangkan ketegangan pada otot.


Jom sama-sama mencuba tips ini.




SUMBER MAJALAH MIDI

Comments

  1. Assalamualaikum Kak Aya

    semasa di Makkah, saya selalu siram air zam zam di lutut, Alhamdulillah, lenguh2 hilang dengan cepat

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. untuk hilang sakit lutut dan sendi, parut, luka, kebas dan lenguh dengan berkesan sapu minyak DABUS Aromaterapi 3-5 kali sehari. sakit anda beransur hilang dalam masa 2-5 hari.

    ReplyDelete
  3. Saya sakit tumit kaki apabila bangun pagi.
    apakah tip utk sakit tesebot?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu