Sekolah cuti...Pejabat buka...

Walaupun sekolah cuti, kita yang bekerja ofis ni kerja macam biasa.

Nadhirah komplen “ mama je kerja ofis, mak kawan-kawan dhirah semua jadi cikgu, bila sekolah cuti, semua seronok cuti sama-sama”

Umar pulak asyik buat perangai tak nak ke nursery bila sekolah cuti.

Tadi dia menangis tak nak ke sekolah, tak nak mandi, tak nak gosok gigi.

Setiap kali sekolah cuti, memang begini la keadaannya.

Kalau cuti seminggu je, Nadhirah akan ulang alik ke tempat kerja makcik.

Kalau cuti panjang akhir tahun, dia akan balik kampung.

Sudah pasti rasa sedih terpaksa berjauhan dengan Nadhirah setiap kali cuti.

Saat begini, rasa nak jadi surirumah membuak-buak.

Tetapi bila kenangkan “hubungan yang terjalin antara beberapa bank” , terpaksa pendam dalam hati jelah impian nak jadi surirumah.

Buat masa ni yang mampu dilakukan kala cuti sekolah begini  adalah cuba mengambil beberapa hari cuti untuk bersama anak-anak..semalam satu hari dah bercuti, hari ni kerja, esok saya bercuti lagi sekali.

Semoga dapat manfaatkan masa bersama anak-anak secara maksimum esok.

Comments

  1. ahhahaa mcm mak cikbintang cikgu best r kalo cuti
    tp sejak 4 5 thun ni abah jd pegawai pendidikn sama r cm koje ofis...so sme mcm kisah di atas tu hehehhee....

    ReplyDelete
  2. kalau x keberatan saya nak tanya..kak aya keje apa? :)

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan....
    salam lah dgn i...
    time2 gini lah tingin betul nak jadik fulltime housewife kan....

    ReplyDelete
  4. alahai siannya anak akak tu....maknya kenalah simpan cuti semasa anak cuti sekolah kan...boleh sama-sama bercuti:)

    ReplyDelete
  5. ooo keje bank..hari2 kira duit ke kak?hehe :)

    ReplyDelete
  6. kakaya anak saya pun ada tanya. cuti sekolah kan cuti tapi nape ibu kerja pulak. anak2 tak paham lagi si ibu kena gi kerja.huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu