Cerita pasar malam.

Malam ni ke pasar malam Selayang Indah, mungkin ada yang tau tempat ni.


Rasanya ni kali ke 2 atau ke 3 kot saya ke situ selepas 5 tahun melahirkan Umar. Lama gila walhalnya sebelum-sebelumnya situlah saban minggu tempat saya mencari makanan pada malam minggu.


Sebab utama malas nak ke pasar malam lagi selepas ada Umar adalah nak kena dukung dia sepanjang jalan .


Malam ni kesana kerana bosan duduk kat rumah dan tak tau nak kemana, last-last buat keputusan ke pasar malam. Happy benar budak berdua tu malam ni, yelah setahun sekali pun belum tentu merasa ke pasar malam, dulu Nadhirah sempat la merasa ke pasar malam tiap minggu.


Tadi ketika perjalanan pulang ke rumah, saya teringat kembali saat ketika menyewa bersama makcik dan seorang kawan di Jalan Perhentian, Sentul. Kalau hari Sabtu, memang ditunggu-tunggu sebab dapat ke pasar malam Jln TAR. Masih ingat lagi dengan kemeriahan pasar malam kat sana dulu-dulu?


Saya tak pernah ke pasar malam Jln TAR lagi sejak mula pindah ke Selayang Baru pada May 1998. Memang betul-betul lama tak ke sana pada malam minggu. 


Teringat dulu, lepas je solat Maghrib , saya, makcik dan Kak Ma laju-laju bersiap cantik-cantik( padahal nak ke pasar malam je)..tunggu bas mini.
Punyalah ramai manusia time malam minggu yang memenuhi bas mini atau bas Selangor dan boleh dikatakan bila sampai je kat bus stop Medan Mara, semua menderu turun, bas kosong terus.


Kadang-kadang, beli makanan kat pasar malam dan berjalan kaki ke Dataran Merdeka, tengok keindahan  KL ketika malam yang penuh dengan lampu-lampu ( teringat anak-anak saya tak pernah ke sana pada waktu malam).


Pernah kami bertiga ( saya, makcik dan Kak Ma) berjalan kaki balik ke Jalan Perhentian . Selepas pukul 12, perkhidmatan bas mini dah tamat, tambang teksi double charge. Jadi untuk jimat, kami pakat jalan kaki, bukan kami bertiga tapi ramai lagi yang mungkin senasib atau saja nak panaskan badan.


Sesekali  rasa rindu nak mengulangi situasi seperti dulu tapi itu adalah mustahil, mana ada orang jalan mengundur, suka atau tidak, mesti terus ke depan. 


Hmm mungkin boleh ajak anak-anak ke pasar malam Jalan TAR dan ke Dataran Merdeka untuk mengimbau nostalgia lama.

Comments

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu