Ampunkan Daku, Suami

Wahhh tajuk cerita Cerekarama TV3 lagi ke?


Kisahnya tadi ada seorang isteri yang telah membuatkan suaminya marah.


Sebabnya?


Si isteri memberitahu suami yang dia nak keluar membeli makanan untuk sarapan pagi.( pagi ni si suami perlu ke ofis sebenarnya, sangkaan si isteri pastinya suami keluar lewat sedikit daripada waktu yang ditetapkan), sambil menuruni tangga si isteri bagitau pada si anak yang tinggal kat rumah tu, :cakap pada abah, mama ke pejabat pos sekali tau".


Itulah kesalahan besar saya, suami hanya tau saya keluar membeli makanan untuk sarapan pagi sedangkan saya ni terus meluncur laju ke Pejabat Pos untuk mengepos selimut tampal selepas membeli makanan untuk sarapan pagi, sebenarnya mengepos selimut tu tak la lama kerana saya sorang je customer di Pejabat Pos tu tetapi yang membuatkan saya begitu lama tadi adalah beratur membeli nasi lemak dan nasi kerabu.


Ketika memasuki taman perumahan saya, dari kejauhan kelihatan suami saya menaiki motor untuk ke tempat kerja. Dalam hati berkata, mesti wajah yang kehilangan cahaya dipamerkan  bila bertembung nanti.Memanglah perasaan di dalam hati ni seperti tonggang terbalik je , biasalah orang buat salah mesti lah rasa berdosa je.


Dia berpatah balik ke rumah untuk tinggalkan motor dan ambik Kancil yang saya gunakan. Saya tau tahap kemarahan dia adalah berada pada tahap yang melepasi tahap normal, saya sedar kesilapan saya, melengah-lengahkan waktu untuk pulang sedangkan suami sedang menunggu untuk sarapan sebelum ke tempat kerja.


Kadang-kadang plan yang diatur baik di dalam kepala tak menjadi dengan sempurna. Saya terus ke Pejabat Pos tadi kerana fikirkan Kancil tu akan digunapakai oleh suami sepanjang hari sudah tentulah barang tu tak dapat diposkan hari ni dan kerana plan tak srategik tu suami lambat ke ofis dan pergi dengan perut yang kosong walhalnya dah tau dia ada gastrik.


Dua patah perkataan je yang saya nak tulis sebab saya tau dia akan baca setiap entry saya, maafkan saya!

Comments

  1. saya tahu anda telahpun dimaafkan...ekkeke...faham...kdg2 kesilapan berlaku di luar sedar...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu