Posts

Showing posts from January, 2011

Alkisahnya ...Catatan membosankan ..tidak perlu dibaca

Image
Agak lama tak update, ada le dalam beberapa hari..kira lama la kan sebab orang update blog sekurang-kurangnya 1 post setiap hari. Pernah terbaca tentang Redmummy pernah update blog selang 45 minit. Ada  waktunya kita rasa macam malas je nak meluahkan apa yang penuh bersarang dalam minda, dalam jiwa dan membuatkan segala saluran tersumbat dengan rasa yang pelbagai. Tapi kalau terus-terusan membiarkan penyumbatan masalah ni, bahaya jugak tau!, tak pasal-pasal boleh jadi sakit mental. Minggu lepas ada terbaca tentang peningkatan kes pesakit mental di M’sia dan kaum wanita yang lebih ramai menghadapi masalah sakit mental secara tanpa disedari. Agaknya kenapa wanita makin ramai yang menghadapi masalah mental ni? Kalau tanya saya, jawapan saya adalah kerana bebanan dan tekanan dalam menghadapi kehidupan yang begitu kompleks membuatkan kaum wanita jadi stress. Kalau tiada tempat untuk meluahkan rasa, mendapatkan bantuan ( tak semestinya bantuan materialistic), tidak persefahaman daripada

Kurus Dengan Kaedah Perubatan Homeopati

Image
Masih cerita rencana di dalam Majalah Rapi, kurus dengan menggunakan ubat-ubat Homeopati lebih berkesan dan tiada kesan sampingan walaupun agak lambat kadar penurunan berat badan. Nak tanya ni...ada tak sesiapa yang ada pengalaman menguruskan badan dengan kaedah Homeopati ni? Kalau ada, boleh share, apa nama ubat...beli kat Klinik Homeopati atau Farmasi..berapa harga dan share la apa-apa je yang boleh dimanfaatkan oleh orang yang ingin kurus ni... Lagi contoh gambar obes.. Terpaksa jadikan anak-anak sebagai cover kiri dan kanan....he he..

Obesiti Melemahkan Memori

Image
Tadi saya ada membaca satu rencana ringkas di dalam Majalah Rapi tentang obesiti. Ada kajian mengatakan obesiti boleh melemahkan daya ingatan. Ada kebenaran jugak lah rasanya sebab saya sekarang kan dah obes, ada perkara-perkara yang saya sendiri hampir ingat-ingat lupa walhalnya waktu kejadian sesuatu perkara tu tidaklah lama sangat. Bahaya ni....esok-esok risau nyanyuk sebelum waktunya ...ohhh tidakkk... Please help meeee..... Gambar contoh orang yang obes ...bukan yang budak tapi yang dewasa tu he he...

Hari yang menjadi

Image
Hari ni segalanya teratur walaupun agak letih kerana letih yang dicari sendiri..apa lagi kalau bukan mengalih susun atur perabut di dalam bilik sauna ( bilik pakaian) dan jugak di ruang tamu serta dapur. Seperti pernah saya ungkapkan sebelum ni dalam post terdahulu, kerja-kerja mengubah susunatur perabut dan mengemas rumah adalah terapi kepada saya.  Malam tadi saya menelek gambar-gambar lama saya, memang nampak begitu hebat sekali transformasi fizikal saya...ini nanti saya buat entry lain la.... Jadi kerisauan melanda dihati dan kekesalan terbit dijiwa membuatkan saya sukar lena.. jadi seawal pagi tadi saya memulakan kerja-kerja pengalihan. Seperti biasa, rumah akan kemas dan teratur untuk sehari dua je, lusa dijamin kembali bersepah tapi apa pun hari ni memang clean and clear. Lepas penat mengalih sana sini, saya masak...walaupun simple tapi begitu berselera makan ( oiitt malam tadi risau pasal transfromasi fizikal tp hari ni lalu je makan )..makan satu family tapi sem

Umar dan Puting

Image
Dah besar panjang tapi masih lagi melekat dengan puting....nak tidur mesti cari puting..kadang-kadang sambil buat kerja sekolah pun bertemankan puting di mulut...selalu kakak ejek nanti Umar jadi macam Halimah Jongang! Pernah beberapa kali cuba untuk pisahkan dia dengan puting tapi nampaknya semuanya gagal bila dia akan mengamuk-ngamuk...tak tahan dengar dia menjerit menyusahkan telinga semua orang, kami akur dan sekarang macam malas nak cuba-cuba pisahkan. Tak tau sampai bila dia akan setia dengan puting, nasib baik boleh pulak dia berpisah sementara untuk ke sekolah atau keluar ke mana-mana...dia jarang teringatkan puting kecuali dah baring nak tidur..lepas lena je ntah mana putign tu akan tercampak. Umar tanpa puting, menunjukkan barisan gigi yang cantik! he he

Pasaraya NSK

Pernah dengar nama pasaraya NSK? Ianya terletak di Selayang Baru, merupakan pasar basah dan kering yang dibuka 24 jam. Saya senang dan selesa ke sana kerana walaupun menjual barang-barang basah, lantainya tetap kering dan bersih. Senang untuk memilih. Kebiasaannya kalau ke sana, saya dan 3 bodyguard akan turun dari rumah sebaik saja selesai solat Subuh..memang awal kerana nak dapatkan parking yang strategik bukanlah mudah dan lebih-lebih lagi kalau driver tu adalah saya , memang fail bab-bab parking. Hari ni kami membeli sedikit je barang keperluan, padanlah dengan wang yang disediakan oleh Penyedia Kewangan di rumah ni.  Apa yang kami beli hari ni adalah tepung gandum, bilis, ikan gelama, hati dan pedal ayam, halia dan kunyit, cili merah dan cili api, kobis bulat, drummet ayam, santan dan jajan. Balik dari NSK, kami santai bersarapan pagi di kedai yang kami gelarkan Kedai Makcik Kelantan terletak berdepan dengan Sekolah Menengah Selayang Baru. Semua sepakat untuk bersarapa

Serasi Bersama

Baru saja selesai menonoton rancangan Serasi Bersama di saluran 104 Astro Ria. Malam ni dapat tengok dengan aman damai kerana Penggemar Asto Ceria tidur awal.  Saya suka menonton rancangan Serasi Bersama kerana rancangan ini menampilkan pasangan-pasangan popular ( kalau tak popular, sapa nak tengok , kan?)..ada yang saya rasa sangat seronok ditonton tapi ada juga pasangan yang agak semacam ...apa yang saya maksudkan dengan semacam tu, biarlah saya sendiri yang faham. Malam ni pasangan Prof Dr Muhaya dan Dr Azmi menjadi favourite saya. Pasangan yang begitu sepadan dan cool. Sama-sama terpelajar dan penuh dengan teladan. Rasanya ramai yang mengambil panduan amalan bermaafan sebelum tidur yang diamalkan pasangan tersebut. Saya menyokong rancangan ni kerana sedikit sebanyak kita dapat tip-tip dari pasangan yang ditonjolkan setiap minggu. Nadhirah pun suka rancangan ni, minggu lepas dia saja-sajalah usik abah dia agar masuk rancangan Serasi Bersama dengan mama. Hmm baik Dhira

Sup 88

Sejak demam ni, kami sekeluarga dah jadi mengidam pulak nak makan bihun sup dari Kedai Sup 88. Dah 3 hari berturut muka kami anak beranak muncul di depan kedai sup tersebut. Kedai yang terletak di Selayang Baru sentiasa menjadi tempat kunjungan kami sejak hampir 9 tahun lepas..sikit hari lagi cukuplah 1 dekad kami menjadi pelanggan setia.. Bihun sup kat sini memang sedap, kuahnya tak berminyak dan tak jemu dimakan walaupun setiap hari. Nanti kalau saya dah ada hp berkamera bolehlah saya tempek gambar kat blog tunjuk macam mana rupa bihun sup tu, mana tau bila baca bihun sup terbayang pulak nasi lemak, mee goreng ke. susah kan kalau cerita tanpa gambar, tujuan penceritaan tu tak begitu jelas dan sampai pada pembaca tapi apakan daya sang penulis tiada kemampuan untuk membeli hp yang ada kamera sekadar mampu memiliki hp yang paling asas je , dpt sms dan call, itu pun dah cukup bersyukur dah sangat2 ( itu pun bukan beli, ada yang baik hati kasi hadiah ntah berapa tahun dulu, ko

PC menjadi rebutan

Kelakar betul sekejap tadi, berebut pc dengan Umar..last-last saya menang...sorry ye Umar, mama tak boleh kasi can lama-lama, tau... Ada ke patut , ketika abah dan kakak dia tengah solat, mama tengah goreng nasi kat dapur, diam-diam dia on pc. Biasanya dia tak berani nak main game sorang-sorang, mesti berteman, tapi malam ni selamba je main game sorang-sorang start 7.30 hingga 8.50, tak ke melampau tu untuk seorang budak kecik berusia 4 tahun! Dia main game lumba kereta, pening kepala dan menyirap darah tengok game tu sebab Umar main hentam je, kereta asyik langgar tembok je, hentam belakang bontot kereta lain..ishh ngeri la tengok.. Saya pujuk-pujuk nak check emel je kejap, nak tengok bedung kejap ( maksudnya nak tengok blog bedungcomel.blogspot) ..semuanya dia buat bolayan je.. Last-last tak boleh sabar saya paksa dia turun bawah join kakak dan abah dia tengok cerita PAPADOM. Dia nangis-nangis siap cakap " umar tak nak kawan dengan mama, biar hantu je kawan

Best jadi surirumah ..sambungan

Hmm memang best kalau hari-hari dapat mengadap pc, update blog, blogwalking seperti hari ni.... Sementara menunggu waktu anak pulang dari sekolah dan tadika, boleh lah update apa-apa yang patut. Kalau hari bekerja,memang betul-betul kena cari masa yang sesuai untuk update blog, menunggu semua dah tidur, sekali dengan saya turut terlelap. Terpaksa bangun semula awal pagi , itu pun kalau ada idea boleh la update, kalau tak, sambung tidur jawabnya. Tadi sebelum Nadhirah ke sekolah kebangsaan, kami berdua makan tengah hari bersama...seronok jugak walau hanya berdua, makan berlaukkan budu...hmmm memang betul-betul makan dua beranak tu.... Kata Nadhirah " kalau hari-hari macam ni, makan nasi dengan budu, mesti best, kan ma?" Jawab saya " memanglah best tp mama risau kalau mama tak boleh lagi dah nak keluar masuk ikut pintu terpaksa buka sliding tu pulak untuk keluar masuk".... Tercengang Nadhirah " laa kenapa pulak , ma ? sampai tak boleh nak keluar masuk guna

Petua Untuk Semua

Petua cerahkan kulit muka Parut lobak merah, air airnya dan sapu pada wajah. Lakukan dengan kerap untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Petua mengatasi bibir pecah Sapukan susu sejuk pada bibir. lakukan urutan ringan pada bahagian bibir. Bilas bersih dengan air. Petua hilangkan rekahan dan daki Ambik sebiji betik muda, potong dan ambil getahnya, sapukan pada tempat yang berdaki.  Bilas dengan air bersih Petua sembuhkan luka jahitan Ambik seketul asam jawa dengan sedikit air panas. Biarkan sehingga suam sebelum membasuh tempat luka jahitan. Amalkan setiap kali waktu mandi.

Petua Petua Petua lagi

Petua hilangkan kesan hitam Jika terdapat kesan hitam pada lutut dan siku, sediakan beberapa helai daun sirih. Letakkan sedikit kapur dan minyak zaitun pada daun sirih tersebut. Gosokkan pada lutut dan sikut selama beberapa minit. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kesan hitan pada lutut dan siku akan beransur pudar. Petua menghalau tikus. Ambil beberapa helai daun durian belanda dan letakkan daun tersebut di tempat yang banyak tikus. Petua mengatasi cirit birit Kisar daun pucuk jambu batu sehingga lumat dan jadikan air minuman. Untuk kanak-kanak - minum dua sudu. Untuk dewasa - minum secawan. Petua kurangkan bengkak gusi Tumbuk pucuk daun terung belanda, campurkan sedikit air dan kapur sirih, sapu pada pipi yang bengkak.

Petua KURUSKAN BADAN!

Ni elok untuk dicuba oleh diri sendiri ni.... Kisar 3 inci halia dengan 1/2 cawan air. Tapis dan perah sebiji limau nipis dan sedikit gula. Minum setiap malam sebelum tidur. Cuba selama sebulan secara KONSISTEN untuk dapatkan hasil yang memuaskan. Selama mencuba!

Khasiat Jagung

Jagung merupakan sumber vitamin B1 yang berperanan dalam proses metabolisme karbohidrat. Kandungan vitamin B5 yang terdapat di dalam jagung juga membantu funfsi fisiologi manakala folat pula membantu melindungi diri dari serangan pelbagai jenis penyakit. Jagung juga bagus untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan Selain vitamin B1, B5 dan folat, jagung juga kaya dengan serat yang memb antu melancarkan sistem percernaan serta mengatasi masalah sembelit. Jagung mampu menurunkan kadar kolestrol tubuh sekali gus membantu menurunkan risiko kanser usus. Bagi penghidap diabetes, jagung boleh diamalkan kerana ia mampu menurunkan kadar gula di dalam darah. Asid folat di dalam jagung dipercayai dapat mencegah kecacatan saraf pada bayi ketika dilahirkan.  Penghidap anemia juga disarankan mengamalkan memakan jagung.

Pembelajaran Formal Bermula lagi..

Anak-anak dah selamat ke sekolah dan tadika. Kelas Nadhirah di tingkat 3, wahhhh naik semput mama yang menghantar, anak yang dihantar laju je sampai ke kelas. Termengah-mengah. Sekejap je kat sekolah si kakak, lagi pun dah darjah 2 , kan? Apa nak tunggu lama-lama sangat.  Keluar dari sekolah si kakak perlu ke Tadika Naluri Kreatif untuk menghantar si adik, Umar la tu sapa lagi, kan? Umar adalah seperti biasa. Menangis bila tengok pagar tadika. Dan seperti biasa, tangisan itu tak mengubah apa-apa, mesti kena masuk ke dalam tadika juga dan seperti biasa , saya meninggalkan dia dengan bunyi bingit dia menjerit memanggil MAMA ! MAMA!.. Semoga esok esok esok hari Umar tidak menangis lagi ye bila ke tadika...kata nak jadi Polis tapi cengeng macam tu mana layak jadi Polis. Semoga Nadhirah dan Umar akan menjadi anak yang berguna kepada Agama,Bangsa dan Negara. Amin.

Petua Petua Petua 1

Petua kecutkan jerawat Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air sehingga lumat. Sapu pada kesleuruhan wajah dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda. Petua untuk ubati ketumbit di mata Ambil bawang putih, cincang dihujungnya dan sapu pada ketumbit tersebut setiap hari. Petua mengatasi buasir berdarah Tumbuk atask isar kunyit hidup sebesar ibu jari dan segenggam inai. Kemudian gentel menjadi seperti jamu dan simpan di dalam peti ais. Amalkan makan sebelum tidur. Petua kempiskan perut ( ni diri sendiri perlu cuba !) Tumbuk halus 2 genggam lada hitam. Campurkan dengan sebiji ragi,cuka dan air asam jawab. Gaul sebati, kemudian sapukan pada perut. Lebih elok sekiranya memakai bengkung atau barut selepas menyapu campuran tersebut. Petua untuk menambah berat badan kanak-kanak Ambil setengah cawan air nasi yang sedang menggelegak, campurkan dengan sedikit gula. Tunggu sehingga suam dan boleh minum air tersebut.

Cuti Sekolah berakhir

Selain sibuk dengan year end closing, membeli kelengkapan pakaian dan buku-buku sekolah, lagi satu yang buat kita bertambah sibuk adalah kena datang ke sekolah untuk bayar yuran.  Pagi 1/1/2011 bayar yuran transit dan yuran sekolah agama. Pagi 2/1/2011 bayar yuran sekolah kebangsaan. Selain itu, buku teks perlu dibalut. Saya belum balutkan buku teks Nadhirah. Janjinya malam ni nak balut tapi sampai ke awal pagi masih lagi belum balut. Pakaian sekolah belum digosok. Biasanya perlu gosok untuk keperluan beberapa hari sekaligus. Sekolah akan mula dibuka semula pada 3/1/2011, Umar akan memulakan kelas tadika di Naluri Kreatif ( ala sama macam tahun sebelum ni jugak la). Saya cuma perlu hantar Umar di depan pintu pagar macam biasa pada hari pertama nanti. Tak perlu nak melihat dia belajar seperti ibu-ibu lain pada hari itu. Kalau saya menunggu, alamatnya Umar akan berkepit kat celah ketiak saya la. Nadhirah akan memulakan kelas di sekolah agama pada sesi pagi manakala sekolah kebangsa