Sebening Keringat

Tajuk cerita untuk Slot Sesuci Aidiladha di TV3 yang baru saja berakhir sebentar tadi. Drama lakunan Norlia Ghani, Fezrul Khan , Nabila Huda dan beberapa nama lagi.

Jarang saya dapat meluangkan masa untuk menonton TV akhir-akhir ini kerana Umar menguasai Channel Astro Ceria dan Disney Channel sepanjang masa. Beberapa hari ini secara tak sengaja, abah dia terrrr perkenalkan dia dengan games di PC. Oleh kerana terlalu jarang mendapat peluang keemasan seperti ini, Astro Ceria dan Disney Channel tidak lagi menjadi keutamaan. Hampir setiap masa dia membodek abah dia untuk diberi peluang bermain games. Biasanya bodek dia akan berhasil kerana nak atau tidak, memang kita akan jadi rimas dengan pujukannya.

Sebelum kami pening untuk cari jalan untuk mengurangkan masa dia menonton cerita-cerita kartun sekarang ni kami terpaksa perah otak untuk menghalang dia bermain games pulak...adooii la memang pening.

Tadi sebelum lena, Umar sempat main games hampir 20 minit, selepas tu abah dia cakap PC dah panas nanti meletup..ok, jomlah kita turun bawah dulu, bila 'kompiter' dah sejuk,kita naik semula, tau? Ayat "Umar sayang abah" tak lekang dari bibir.

Malam ni selepas Umar lena, sempat lah mama pulak mengadap pc, baca entry kat blog kawan-kawan, buat entry ringkas untuk blog sendiri, update pesanan customer , itu pun sementara mata masih larat untuk celik.

Comments

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu