Cuti Kecemasan

Hari ni saya mengambil cuti kecemasan kerana kedua-dua anak saya demam semenjak 2 hari lepas.

Nampaknya baki cuti tahunan dah makin kurang, seboleh mungkin saya ingin mengelakkan daripada terjadinya ketidakcukupan cuti bila Disember menjelang. Ini lah yang berlaku kepada saya pada tahun lepas.

Sebagai seorang pekerja, alasan demi alasan tentang cuti yang negatif adalah perlu dielakkan sama sekali.

Namun sebagai manusia biasa yang tidak dapat lari dariapada diuji sememangnya senario sebegini tak dapat dielakkan.

Ketika belum berkahwin dulu, masalah cuti tidak timbul, pantang ada perayaan tak mengira perayaan untuk kaum apa, asalkan namanya dapat cuti , memang saya akan balik ke Terengganu. 

Tibanya Disember, cuti masih berbaki dan ketika itu tidak tau macam mana mau habiskan cuti. 

Polisi disyarikat tempat saya bekerja, pekerja perkeranian tidak dibenarkan membawa baki ke depan. Mau atau tidak perlu dihabiskan sehingga 31 Disember setiap tahun.

Setelah berkahwin dan mempunyai anak, masalah cuti negatif berlaku kerana bila anak demam, pastinya saya akan memohon cuti, kerana pihak nursery tidak membenarkan penjaga menghantar anak mereka sekiranya anak-anak tidak sihat.

Selain masalah kesihatan anak, masalah keluarga seperti kematian, masuk hospital itu semua memerlukan seseorang itu mengambil cuti, contohnya pada tahun lepas beberapa kali anak saya, Umar terkena serangan asma.. 2x masuk ward dan ada juga yang berehat dirumah saja . Sekirana berehat dirumah, pastinya saya perlu mengambil cuti.

Pada hari raya haji tahun lepas, makcik terjatuh ketika solat sunat hari raya dan terus koma beberapa hari, sebagai anak saudara semestinya kami semua pulang menziarahi dan beberapa hari selepas koma, beliau meninggal.

Tidak semua majikan memahami masalah kita dan syukur majikan tempat saya bekerja begitu memahami namun pihak majikan menasihatkan agar menjadualkan sebaik mungkin perancangan untuk bercuti agar tidak terjada masalah seperti tahun lepas.

Ada tak yang sama macam saya sentiasa tak cukup baki cuti?

Comments

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu