Resipi Nasi Goreng Daging

Assalamualaikum,

Kak Aya kan dah buntu nak masak apa tiap pagi sejak bermulanya cuti sekolah. Macam macam resipi mudah dah cuba sepanjang 2 minggu cuti sekolah, ada lebih kurang sebulan lagi ni nak habis cuti.

Semalam google resipi nasi goreng daging, terjumpa la resipi mudah, terus salin. Lupa pulak kat blog mana kak aya jumpa tu.

Pagi tadi terus buat sebab bahan-bahan dah ada kat rumah.

Kak Aya masak nasi 3 pot .

Bahan-bahan yang Kak Aya guna mcm kat bawah ni, bilis goreng tu kak aya tambah tau..sedap kalau letak bilis goreng rangup dan kita tumbuk lumat dan gaul terus ke dalam nasi yang belum digoreng.

5 ulas bawang merah
5 ulas bawang merah
10 biji cili api
1 keping Daging Kisar Ramly
3 biji telur ayam kampung - (sebab ada telur ni je kat rumah, guna 3 biji sebab telur ayam kampung tu saiz kecik)
Bilis
Lobak merah
Garam sikit, Secukup Rasa sikit.


Kak Aya nak cepat pagi pagi jadi kak aya blend je bawang merah, bawang putih dan cili api tu. Kalau rajin nak tumbuk, boleh je.

Panaskan minyak dan tumis bahan yang di blend tu sampai naik bau, macam biasa la kan.
Lepas tu masukkan garam dan secukup rasa, masukkan  daging kisar.Kacau -kacau .
Bila nampak daging dah masak, pecahkan telur.

Telur dah nampak macam mengering, masukkan nasi ke dalam kuali, gaul rata.

Campak pulak lobak merah. Kacau kacau lagi.

Dah garing semua, tutup api.

Angkat dan hidang.


Sekian, itu je kisah campak campak kacau Kak Aya pagi ni.


p/s : Anak anak wasap bagitau , nasi goreng daging ni sedap sebab rasa daging bercampur dengan pedas pedas sikit..Alhamdulillah nanti omak torai resipi lain pulak yo.




0 comments :

Post a comment