AKU DAN INTERMITTENT FASTING

Assalamualaikum,

Nak dengar cerita sadis tak? Ha ha sebenarnya tanya pada diri sendiri sebabnya sejak aktif semula berblog ni tak ada siapa pun yang datang menjengah. Tak apalah, kita syok syok sendiri je.


Cerita sadisnya begini.

Hari tu 3 minggu buat IF , berat turun 1kg.
Minggu lepas balik kampung 1 minggu, hasilnya naik 2kg.

Sadis kan?

Nak mula balik IF 16/8 tu Allah je yang tau, seksa gila.

Sejak datang KL semula Jumaat lepas, setiap hari try untuk buat IF semula tapi masih belum berjaya termasuk la hari ni, Selasa 3/12/2019.

Ya Allah berilah kekuatan kepada hambaMU yang sangat lemah iman berdepan dengan makanan dan kelaparan.

Sadis sadis.

0 comments :

Post a Comment