Resipi Nasi Goreng Daging

Assalamualaikum,

Kak Aya kan dah buntu nak masak apa tiap pagi sejak bermulanya cuti sekolah. Macam macam resipi mudah dah cuba sepanjang 2 minggu cuti sekolah, ada lebih kurang sebulan lagi ni nak habis cuti.

Semalam google resipi nasi goreng daging, terjumpa la resipi mudah, terus salin. Lupa pulak kat blog mana kak aya jumpa tu.

Pagi tadi terus buat sebab bahan-bahan dah ada kat rumah.

Kak Aya masak nasi 3 pot .

Bahan-bahan yang Kak Aya guna mcm kat bawah ni, bilis goreng tu kak aya tambah tau..sedap kalau letak bilis goreng rangup dan kita tumbuk lumat dan gaul terus ke dalam nasi yang belum digoreng.

5 ulas bawang merah
5 ulas bawang merah
10 biji cili api
1 keping Daging Kisar Ramly
3 biji telur ayam kampung - (sebab ada telur ni je kat rumah, guna 3 biji sebab telur ayam kampung tu saiz kecik)
Bilis
Lobak merah
Garam sikit, Secukup Rasa sikit.


Kak Aya nak cepat pagi pagi jadi kak aya blend je bawang merah, bawang putih dan cili api tu. Kalau rajin nak tumbuk, boleh je.

Panaskan minyak dan tumis bahan yang di blend tu sampai naik bau, macam biasa la kan.
Lepas tu masukkan garam dan secukup rasa, masukkan  daging kisar.Kacau -kacau .
Bila nampak daging dah masak, pecahkan telur.

Telur dah nampak macam mengering, masukkan nasi ke dalam kuali, gaul rata.

Campak pulak lobak merah. Kacau kacau lagi.

Dah garing semua, tutup api.

Angkat dan hidang.


Sekian, itu je kisah campak campak kacau Kak Aya pagi ni.


p/s : Anak anak wasap bagitau , nasi goreng daging ni sedap sebab rasa daging bercampur dengan pedas pedas sikit..Alhamdulillah nanti omak torai resipi lain pulak yo.




SATU TARIKH 2 CERITA

Assalamualaikum

Hari ni 4/12/2019, ulangtahun kelahiran anak bujang tercinta, Umar Faris bin Fahmee, yang ke 13 tahun.

Mama doakan Umar beroleh kecemerlangan dunia dan akhirat, menjadi hamba Allah yang beramal soleh dan bertaqwa.

Pada tarikh hari ni jugak la, hari pemergian ustaz tercinta, yang mengajar Kak Aya dan rakan rakan sepejabat mengaji Al Quran dna ilmu2 lain berkaitan Sirah, Tauhid, Fekah . Alfatihah untuk Ustaz Azman Ahmad atau lebih dikenali sebagai Azman Al Kurauwi.

Sudah 3 tahun ustaz pergi. Kami sentiasa mendoakan agar roh ustaz ditempatkan bersama para solehin.

Ilmu ilmu ustaz kami manfaatkan sebaik mungkin.



AKU DAN INTERMITTENT FASTING

Assalamualaikum,

Nak dengar cerita sadis tak? Ha ha sebenarnya tanya pada diri sendiri sebabnya sejak aktif semula berblog ni tak ada siapa pun yang datang menjengah. Tak apalah, kita syok syok sendiri je.


Cerita sadisnya begini.

Hari tu 3 minggu buat IF , berat turun 1kg.
Minggu lepas balik kampung 1 minggu, hasilnya naik 2kg.

Sadis kan?

Nak mula balik IF 16/8 tu Allah je yang tau, seksa gila.

Sejak datang KL semula Jumaat lepas, setiap hari try untuk buat IF semula tapi masih belum berjaya termasuk la hari ni, Selasa 3/12/2019.

Ya Allah berilah kekuatan kepada hambaMU yang sangat lemah iman berdepan dengan makanan dan kelaparan.

Sadis sadis.

Happy Birthday to Me!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah syukur pada Ilahi masih bagi peluang dan ruang untuk Kak Aya perbaiki diri, tambah amalan , cari ilmu bermanfaat dan jadi orang lebih baik dari hari-hari semalam.

46 tahun dah rupanya...tapi tak la terlalu tua. lagi pun umur tu angka je hi hi.

Yang risaunya angka kian bertambah, dosa turut bertambah, pahala berkurang..itu sangat menakutkan bagi sesiapa pun.

Moga Allah terus melunakkan hati ini untuk terus menjadi lebih baik .